Saturday, November 15, 2008

Menangani kebanjiran pekerja warga asing

KEBANJIRAN warga asing di negara ini untuk bekerja semakin menghimpit masyarakat tempatan, malah kini jumlahnya sudah mencecah 2.2 juta iaitu melebihi masyarakat India sebagai kaum ketiga terbesar di negara ini.

Berdasarkan statistik, masyarakat India di negara ini berjumlah 1.88 juta orang.Warga asing itu, terutama dari Indonesia datang secara besar-besaran sejak 1980-an dan 1990-an untuk bekerja di pelbagai sektor menjadikan negara ini syurga untuk mencari rezeki.Jumlah itu belum lagi termasuk hampir sejuta pendatang asing yang memasuki negara ini secara haram dan hampir 10,000 tahanan di depot imigresen.

Rakyat asing boleh dilihat di mana-mana sama ada dalam bandar, pedalaman mahupun di ladang. Kehadiran mereka turut menyumbang kepada aliran keluar mata wang asing dan dianggarkan RM17.2 bilion dihantar menerusi bank tempatan ke luar negara tahun lalu dengan lebih 90 peratus atau RM15.5 bilion dikirim warga asing. Nilai wang kiriman pekerja asing ke luar negara itu adalah lebih tinggi berbanding cukai pendapatan individu yang dipungut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM12 bilion tahun lalu.Dengan wang itu, kerajaan Pulau Pinang boleh membina tiga jambatan kedua Pulau Pinang yang berharga RM4.8 bilion.Bagaimanapun, jumlah itu hanya membabitkan wang yang dihantar menggunakan transaksi bank.Sebenarnya, aliran keluar wang adalah lebih tinggi kerana ramai pekerja asing, terutama pendatang tanpa izin membawa sendiri wang apabila pulang ke negara asal atau mengirim menerusi saudara-mara dan rakan.

Bank Negara Malaysia dalam laporan tahunan 2007 menganggarkan kiriman wang ke luar negara akan meningkat sehingga RM18.9 bilion tahun ini.Anggaran bank pusat itu turut disokong statistik terbaru Jabatan Perangkaan dikeluarkan Mei lalu, yang menunjukkan RM4.5 bilion dikirim ke luar negara dalam tempoh tiga bulan tahun ini, berbanding RM4.1 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.Pada 2005, sebanyak RM18.1 bilion dilaporkan dihantar ke luar negara dan RM17.9 bilion pada 2006.

Kiriman wang ke luar negara meningkat berikutan pertambahan kemasukan pekerja asing sama ada dalam sektor pekerjaan tidak mahir mahupun profesional.Dalam satu simposium kebangsaan mengenai Dasar Pekerja Asing di Malaysia anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), baru-baru ini, mendedahkan hampir 20 peratus tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada warga asing.Ini menunjukkan nisbah pekerja di negara ini seorang warga asing bagi setiap empat pekerja tempatan. Simposium berkenaan juga dimaklumkan hampir separuh daripada lebih 252,600 pekerjaan yang diwujudkan di negara ini setiap tahun diisi oleh pekerja asing.Pekerjaan berorientasikan buruh dan kerja yang dianggap ‘kotor dan jijik’ oleh warga tempatan adalah antara pekerjaan diisi warga asing yang tidak pedulikan kerja yang dibuat asalkan dapat mengumpul wang.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George dipetik sebagai berkata dasar yang semakin liberal terhadap pengambilan pekerja asing di Malaysia wujud berikutan pertumbuhan pesat ekonomi yang sebahagian besarnya dipacu industrialisasi. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa mengambil langkah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan pada masa sama melindungi peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.Kerajaan sudah membuat keputusan untuk mengurangkan secara beransur-ansur kadar pergantungan terhadap pekerja asing daripada 2.2 juta sekarang kepada 1.5 juta menjelang 2015.

Mengikut sektor, sebahagian besar pekerja asing diambil bekerja dalam sektor pembuatan iaitu sebanyak 36 peratus, diikuti perladangan (24.6 peratus), pembantu rumah (15.7 peratus), pembinaan (14.2 peratus) dan selebihnya dalam sektor lain.Penggunaan dan kebergantungan terhadap pekerja asing secara berlebihan mengakibatkan pelbagai masalah, termasuk penurunan purata produktiviti, penyisihan pekerja tempatan, kewujudan kadar upah yang rendah serta menjejaskan kelemahan imbangan pembayaran dan mencetuskan isu sosial dan keselamatan.Negara boleh jadi huru-hara jika pekerja asing ini mengadakan mogok atau demonstrasi menuntut hak mereka atau meminta layanan yang lebih baik.Bayangkan ketika cuti musim perayaan, Kuala Lumpur bagaikan menjadi hak mereka malah Petaling Street yang terkenal sebagai China Town boleh bertukar menjadi Bangla Town kerana ramai peniaga di kawasan itu kini warga Bangladesh.Warga tempatan lebih gemar menyewa permit atau gerai yang diberikan kerajaan kepada warga asing sebagai cara mudah dapat wang dalam tempoh singkat.Ini tidak termasuk kawasan pasar Chow Kit yang dikuasai peniaga warga Indonesia. Boleh dikatakan di mana-mana saja setiap aktiviti yang dulu dikuasai rakyat tempatan sedikit demi sedikit diambil alih warga asing.Kemudahan untuk warga tempatan seperti pendidikan dan kesihatan juga kini dikongsi dengan warga asing, terutama dari Indonesia yang turut membawa keluarga untuk tinggal di negara ini.Itu yang ingin bekerja, tetapi ada warga asing yang datang untuk melakukan jenayah.Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung, hampir 40 peratus atau 14,809 banduan yang menjalani hukuman di penjara di negara ini kini terdiri daripada warga asing. Jumlah itu melebihi 28 peratus daripada kapasiti banduan warga asing yang sepatutnya ditampung semua penjara di negara ini.Beliau berkata, jumlah banduan asing terlalu ramai menyebabkan penjara kita sesak dengan 37,446 banduan.Langkah kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing perlu disegerakan dan bukan sekadar retorik. Bagaimanapun, kerajaan sedang giat mengurangkan pergantungan negara terhadap tenaga kerja asing dalam pelbagai sektor.Bagi sektor pembuatan, ia akan menggubal dasar dan strategi baru bagi menarik lebih banyak wanita menyertai pasaran tenaga kerja, melaksanakan satu program mekanisasi berkesan dan mengenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh industri, melaksanakan program latihan serta membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) dalam penggunaan mekanisasi bagi mengurangkan keperluan mereka mengambil pekerja asing.Bagi sektor perkhidmatan, kerajaan akan menguatkuasakan kaedah layan diri, terutama di restoran dan stesen minyak.Ia juga akan menyediakan persekitaran bekerja yang lebih menarik dan kondusif bagi pekerja tempatan dan memberi insentif pengecualian cukai bagi menggalakkan penggunaan automasi.Bagi sektor perladangan, kerajaan akan menarik penyertaan tenaga kerja dari luar bandar melalui penyediaan prasarana asas, perkhidmatan kesihatan, sekolah, rumah harga patut dan pusat penjagaan harian yang lebih baik.Bagi industri pembinaan, kerajaan akan menggalakkan pelaksanaan Sistem Pembinaan Industri (IBS) dan mengeluarkan permit import bagi mengimport kren.Dalam hal berkaitan pendatang ini, kerajaan perlu bijak menangani bagi mengelak masalah lebih kronik pada masa depan. Jika jumlah sedia ada tidak dikekang, pasti dalam tempoh 10 tahun akan datang jumlahnya akan bertambah sekali ganda.Ketegasan pihak berkuasa menahan dan menghantar pulang warga asing yang ditahan secara berterusan boleh dibuat tanpa membuat operasi secara bermusim.

Sunday, November 9, 2008

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSSAN STPM TAHUN 2008


PARA PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS BERSAMA PARA GURU MENYUSUN DEWAN PEPERIKSAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN STPM TIDAK LAMA LAGI. TUAN PENGETUA, TN HAJI ABDUL AZIZ B CHE ALI JUGA MEMBERI AMANAT KEPADA SEMUA CALON UNTUK MENGHADAPI PPEPERIKSAAN. SETERUSNYA, SEMUA GURU YANG MENGAJAR TINGKATAN 6 ATAS TURUT MEMBERI AMANAT KEPADA CALON SUPAYA TUMPUAN SEPENUHNYA DIBERIKAN TERHADAP PEPERIKSAAN YANG AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN MEREKA. AKHIR SEKALI SEMUA GURU MERESTUI SEGALA ILMU YANG TELAH DICURAHKAN AGAR SEMUA CALON DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DENGAN TENANG DAN TEPAT.

Wednesday, November 5, 2008

Peranan Media Dalam Pembentukan Watak Remaja

Remaja mengenal dunia melalui persekitarannya. Apa yang diacu kepada remaja melalui aspek pendidikan, hiburan, sosial, ekonomi dan politik membentuk remaja yang sebegitu.

Bidang komunikasi dan maklumat berkembang daripada hanya penggunaan budaya lisan, iaitu pengucapan dan penyebaran maklumat daripada mulut ke mulut yang kemudian ditambah menjadi senjata yang tajam iaitu melalui tulisan di media cetak.

Terkini, penggunaan audio visual dan komputer seperti televisyen, radio dan Internet menjadi saluran menyampaikan sesuatu isu dan pandangan.
Daripada satu aspek, media sememangnya merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain. Cohen seorang tokoh komunikasi terkemuka menyatakan, "dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan".

Justeru, media mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni kepada remaja. Ini kerana remaja kini menjadikan media massa sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa yang tidak didapati di sekolah ataupun rumah dan mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan diri mereka.

Tokoh-tokoh terdahulu menjadikan media sebagai wacana untuk menyebarkan kefahaman mengenai kenegaraan, kekeluargaan, kebudayaan, keagamaan serta banyak lagi. Ini secara tidak langsung bertujuan memupuk nilai-nilai positif dan baik dalam diri pembaca atau pendengarnya.

Misi Nasional menekankan aspek pembangunan modal insan 'minda kelas pertama' dan bina upaya untuk melonjak sebagai status negara maju. Melalui Pelan Integriti Nasional pula, negara menginginkan modal insan yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu sains dan teknologi, keusahawanan, pembudayaan sikap progresif, pengamalan nilai etika dan juga menitik beratkan aspek moral yang tinggi.

Oleh itu, media mampu menjadi medium yang luas untuk mendidik masyarakat terutamanya remaja dalam acuan yang didambakan.
Namun, arus globalisasi sememangnya tidak boleh dielak. Ia telah melewati sempadan komunikasi, autonomi ekonomi, politik dan sosial dan telah mewujudkan suatu budaya baru dalam berpandangan dan bersuara. Salah satu arus globalisasi yang popular di kalangan remaja dan masyarakat setempat ialah budaya hiburan yang terhidang dalam bentuk yang pelbagai.

Melalui gajet-gajet yang dihasilkan oleh teknologi, remaja boleh menikmati hiburan dalam apa jua bentuk melalui apa jua jenis media, sebesar skrin wayang gambar sehingga sekecil telefon bimbit.

Selain itu, apa jua bentuk hiburan seperti nyanyian, konsert, filem, drama dan sebagainya boleh dinikmati melalui televisyen yang semakin berkembang isi kandungannya. Melalui komputer atau komputer riba pula, pelbagai jenis bentuk hiburan boleh di muat turun dan dinikmati tanpa mengira masa.
Telefon bimbit yang dahulunya berfungsi sebagai alat perhubungan dan pengerat silaturrahim, kini telah berbagai fungsi, bukan sahaja untuk berbual tetapi juga menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan gambar (MMS) dan akhirnya menjadi fungsi yang merosakkan apabila digunakan dengan cara yang salah atau tidak terkawal.

Fenomena kebanjiran drama, sinetron dan filem-filem asing yang banyak berunsurkan keganasan, penderaan, dendam, cinta serta sensasi menggusarkan banyak pihak. Watak remaja yang dipaparkan seringkali tidak seimbang dari aspek fizikal dan mental.

Remaja dipaparkan sebagai manusia yang bertenaga (energetik) dan berdaya saing tetapi aspek mental atau rohani pula, remaja yang dipaparkan melalui filem adalah remaja yang lemah dan mudah terpengaruh dengan budaya negatif. Malahan sering dipaparkan perwatakan remaja yang tersalah haluan, tidak bijak memilih atau membuat keputusan dan bertindak melulu seolah-olah tidak memikirkan langsung masa hadapan.

Unsur-unsur negatif yang ditonjolkan barangkali berniat untuk menyedarkan tentang bahaya sesuatu kejahatan dilakukan, tetapi persoalannya adakah remaja mempunyai daya tapis dan mentakrif yang tinggi untuk menghargai mesej di sebalik drama-drama yang ditonjolkan?

Apakah remaja akan lebih terkesan dengan drama yang sebahagian besarnya menonjolkan watak-watak jahat dan kebaikan atau balasan terhadap perbuatan yang jahat itu hanya muncul sedikit di penghujung sesuatu kisah?
Begitu juga halnya dengan bidang penulisan, lebih-lebih lagi yang berbentuk hiburan dan sensasi. Sekiranya remaja banyak dimomokkan dengan cerita sensasi dan hiburan, dikhuatiri ia akan menjejaskan daya pemikiran dan kreatif remaja sebagai pelapis akan datang. Justeru, kebebasan untuk media dalam era teknologi informasi ini memang sangat penting, tetapi kebebasan tentunya harus dilandasi kesedaran penuh untuk bertanggung jawab.
Jika memang benar itu adalah paparan remaja Malaysia masa kini, media seharusnya bertindak sebagai penapis atau wadah yang bertanggungjawab membetulkan apa yang silap dan bertindak sebagai cermin diri yang boleh memberi contoh dan pengajaran kepada masyarakat remaja.

Apa-apa sahaja medium yang bergerak dalam masyarakat mempunyai tanggungjawab sosial yang besar dalam membawa masyarakatnya ke arah yang lebih bertamadun dan bukannya menjatuhkan martabat atau merosakkan masyarakat.

Dalam konteks semasa, pengaruh media akan dipengaruhi dari sejauh mana pengguna media memiliki pengetahuan yang cukup dan menghargai dengan baik media itu sendiri. Justeru di samping adanya tuntutan komersialisasi dan upaya mengejar rating yang dilakukan oleh pengamal media, tentunya hal yang penting harus dilakukan juga adalah "bagaimana memperdayakan para penikmat media itu sendiri".

Penggunaan bahasa dan tingkah laku yang sesuai dalam menyampaikan sesuatu pendapat atau rencana harus sentiasa diperhatikan. Justeru, pihak media seharusnya sentiasa menjadikan nilai-nilai murni sebagai pemberat kepada wacana yang mereka ingin sampaikan dan bukan bersifat popular semata-mata.

Penelitian tersebut sangat penting untuk dilaksanakan memandangkan situasi hari ini memberi kesan kepada remaja yang akan datang terutama untuk remaja yang kita dambakan pada tahun 2020 kelak.

Mesej yang ingin ditonjolkan oleh media harus mengambil kira aspek isi kandungan, tema, penggunaan bahasa yang konsisten, adab dan nilai, budaya dan sebagainya kerana media merupakan ejen penggerak kepada pengukuhan perwatakan, emosi dan budaya remaja yang baik demi membina negara pada masa hadapan.

Kesimpulan, remaja adalah struktur masyarakat yang baru membentuk sebuah tiang seri. Tiang seri itu harus kukuh dengan nilai jati diri yang baik dan sekiranya tiang seri itu rapuh, maka bangunan yang ingin dihasilkan akan runtuh menyembah bumi.

Oleh itu, dalam dunia yang semakin mengecil ini, kita perlu berhati-hati kerana globalisasi memang sukar kita tahan, apatah lagi dengan pendedahan kepada siaran yang tidak membina pemikiran positif dan nilai-nilai murni.
Ini bererti peranan pendidikan informal di rumah yang dimonopoli oleh ibu bapa terpaksa berdaya saing dengan media. Remaja harus menerima maklumat daripada media dan mencernanya mengikut lingkungan yang benar dan mengikut landasan agama dan syariat.

Langkah ini seharusnya memerlukan bimbingan banyak pihak termasuk ibu bapa serta masyarakat. Justeru, media massa sama ada media cetak atau elektronik sememangnya memainkan peranan dalam membentuk pemikiran remaja masa kini.

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN IZIN ILMU STPM


Program Solat Hajat dan Izin Ilmu telah diadakan di Dewan Besar SMKPC1 yang diimamkan oleh Tuan Imam Muda Masjid As-Salam, Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazri.Kehadiran ibu bapa amat membanggakan. Turut hadir, YDP PIBG En Wan Ismail B Wan Ahmad. Majlis bermula jam 8.15 pagi.

Tuesday, October 28, 2008

ICT, biotek dalam pertanian

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta bioteknologi diaplikasikan secara meluas dalam bidang pertanian bagi melonjakkan kemajuan sektor tersebut.
Perdana Menteri berkata, langkah menggabungkan dua elemen itu amat mustahak kerana pertanian dikenal pasti sebagai salah satu cabang ekonomi yang dapat membantu kerajaan menangani impak krisis kewangan global kepada negara.
Abdullah kemudian melancarkan varieti baru cili padi yang dikenali sebagai 'Semerah'. Antara kelebihan varieti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu adalah sifatnya yang cepat matang dan berhasil tinggi.
Sementara itu, Abdullah berkata, keyakinan kerajaan terhadap sektor pertanian bukanlah hanya impian kosong atau angan-angan Mat Jenin, sebaliknya ia berlandaskan usaha dan strategi bagi memajukan sektor itu.
Kata beliau, Bank Negara sendiri turut mengakui kemampuan sektor pertanian untuk muncul sebagai sektor ketiga terpenting dalam menyumbang kepada ekonomi negara.
Sehubungan itu, tambahnya, tanggapan sektor pertanian sebagai sektor lapuk dan tidak perlu dimajukan adalah satu kesilapan kerana ia mampu menjana pendapatan lumayan kepada mereka yang terlibat.
"Jangan anggap leceh, karut dan mimpi untuk menjayakan sektor pertanian. Pertanian bukanlah perkara baru, Kementerian Pertanian dan MAHA (Ekspo Pertanian dan Hortikultur Malaysia) sudah lama wujud. Kita cuma memberi tambah nilai pada perkara-perkara itu.
"Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, saya memang yakin pertanian dan industri asas tani punya masa depan yang cerah
"Macam MAHA yang lalu, ada usahawan asas tani kita seperti pengusaha kuah rojak beritahu dia mampu raih RM3 juta setahun, pengusaha makanan beku RM15 juta," ujarnya.
Abdullah berkata, atas sebab itu mereka yang terlibat dalam bidang pertanian harus mempunyai kualiti modal insan kerana dengan ilmu yang terkini barulah hasil pertanian mampu ditingkatkan.
Katanya, memandangkan industri pertanian sentiasa berkembang, ia menuntut mereka yang terlibat dengannya sentiasa menambah pengetahuan terhadap kaedah dan teknologi baru.
"Untuk menambah nilai kerja kita supaya memperoleh hasil yang lebih dan berkualiti, maka tidak ada jalan lain kecuali mendalami ilmu pertanian.
"Sebab itu saya minta warga tani kita supaya jangan anggap masa untuk belajar telah berlalu. Sebaliknya pelajaran adalah untuk sepanjang hayat," jelasnya.

Wednesday, October 22, 2008

KESAN PENDATANG ASING TERHADAP NEGARA


Kerajaan menganggarkan sejumlah RM18.1 bilion akan dikirim oleh para pekerja asing ke negara masing-masing sepanjang tahun ini.
“Sehingga 31 Julai 2008, jumlah pekerja asing adalah seramai 2.1 juta orang dan secara puratanya setiap pekerja asing telah menghantar pulang sebanyak RM720 sebulan.
Kedudukan rizab negara yang kukuh bagaimanapun, dapat menampung jumlah kiriman wang ini yang hanya merupakan 4.7 peratus daripada jumlah rizab semasa.
Setiap kenaikan satu peratus jumlah pekerja asing di negara ini akan menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 0.19 peratus.
Kerajaan mesti sentiasa memantau aliran wang ke luar negara oleh pekerja asing melalui institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan pengiriman wang.
Kerajaan juga mesti melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini, antaranya dengan memperkenalkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam sektor pembinaan.
Kerajaan telah menetapkan sasaran pengurangan jumlah pekerja asing seramai 400,000 orang setahun mulai tahun 2008 hingga 2010 dengan tumpuan diberikan kepada sektor perladangan dan pembuatan.
Dalam perkembangan yang sama, Kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan levi ke atas kiriman wang pekerja asing kerana sumbangan tenaga oleh kumpulan itu mengembangkan aktiviti ekonomi negara.



Saturday, October 11, 2008

Terkini: Esei (Sastera & Sains)

ESEI A DAN B

Esei Bahagian A-Laras Sains Sosial

SOSIAL

Rempit
Gejala mat rempit dalam kalangan remaja semakin membimbangkan.Sehingga kini masalah tersebut belum ada penyelesaiannya.Huraikan
Skema-2 fokus seimbang(2+2)
Punca
1.sikap Individu inginkan keseronokan
2.kurang penguatkuasaan-pemantauan /pelaksanaan hukuman ringan
3.peranan ibu bapa-kurang pemantauan daripada keluarga
Sukar dibendung
4.penguatkuasaan
5.teknologi
6.sikap masyarakat

SAINS
UDARA
Pencemaran udara yang semakin serius dikenalpasti berlaku akibat tindakan manusia sendiri .Hal ini boleh memudaratkan kehidupan manusia sejagat.Jelaskan pernyataan di atas.
Skema:dua focus seimbang(2+2)
Punca
1.Asap kilang/kenderaan
2.pembakaran terbuka
3.kebocoran loji nuklear
Kesan
1.menjejaskan kesihatan manusia-penyakit asma/kanser paru-paru
2.krisis makanan-proses fotosintesis terganggu,sumber makanan terhad
3.pemanasan global
4.penipisan lapisan ozon


EKONOMI
Isu mengelak cukai
Soalan:2 fokus(2+2)
Sumbangan hasil cukai kepada pembangunan Negara amat besar, namun tindakan sesetengah pihak yang mengelak dari pada membayarnya menimbulkanimpak kepada Negara.Jelaskan
Kepentingan
1.pendapatan Negara
2.pembangunan
3.pertahanan
4.kebajikan
Kesan
5.pendapatan Negara merosot
6.pembangunan Negara tidak dapat dijalankan dengan lancer
7.pertahanan Negara tergugat
8.kebajikan rakyat tidak dilaksanakan.

TEKNOLOGI
Penggunaan kemudahan perkhidmatan telefon bimbit untuk membantu kehidupan manusia .Walau bagaimanapun penggunaanya boleh mengancam kehidupan manusia.Bincangkan.
Kesan positif
1.komunikasi
2.PJJ/telesidang
3.bukti di mahkamah
4.data
Kesan negatif
5.kesihatan
6.pencemaran.

Esei bahagian A : Laras Sains Sosial

A) Sosial- Pendidikan

Soalan : 1

Kelemahan sistem pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awan di Malaysia merupakan punca berlakunya pengganguran dalam kalangan siswazah pada masa kini. Jelaskan

Skema

Kursus
Kualiti – siswazah yang dlahirkan
- pensyarah
Fokus bahasa Inggeris – antarabangsa
Hubungan antarabangsa
Kuota pengambilan


B) Ekonomi – upah minimum

Soalan : 2

Kebanjiran pendatang asing ke Malaysia telah menurunkan kadar upah yang minimum dalam sektor pekerjaan terutamanya sektor swasta. Selain itu, penurunan ini juga dipengaruhi oleh banyak faktor. Jelas penyataan di atas.

Skema

Pendatang asing
Sikap majikan
tahap pendidikan / kemahiran buruh
Nilai RM berbanding dengan kadar tukaran asing.
Penawaran buruh kasar


Esei bahagian B : Laras Sains dan teknologi

B) Kesihatan – Penyakit kronik jantung

Soalan : 3

Belakangan ini penyakit kardiovaskular telah menjadi pembunuh utama dalam kalangan rakyat Malaysia. Fenomena ini perl di atasi segera sebelum menjadi lebih teruk. Huraikan

Skema.

Punca
1. Amalan pemakanan
2. Gaya hidup tidak sihat
3. Kebergantungan kepada teknologi moden

Langkah.
1. Mengamalkan pemakanan yangseimbang
2. Gaya Hidup sihat
3. Rawatan berkala



D) Sumber tenaga - Solar
Soalan 4

Penggunaan tenaga solar semakin diyakini sebagai tenaga alternatif, bahkan penggunaannya semakin meluas di kebanyakan negara. Bincangkan kelebihan dan kelemahan penggunaan tenaga solar.

Skema

Kelebihan / Kepentingan
1. Mesra alam
2. Dapat digunakan secara berterusan

Kelemahan
Penggunaan pada waktu siang sahaja
Dipengaruhi cuaca kapasiti tenaga

ESEI A - LARAS SAINS SOSIAL.
Tajuk - Seni : Sastera.

Soalan

Hasil karya sastera yang mendokong nilai-nilai estetika terbukti mampu membentuk jati diri sesuatu bangsa. Selain itu hasil sastera juga mempunyai pelbagai kepentingan lain. Jelaskan pernyataan di atas .

Skima
Idea wajib.
- membentuk jati diri
- idea-idea lain
2. Sumber pendapatan.
3. Hiburan.
4. Memupuk nilai murni
5. Menonjolkan identiti budaya dan bangsa.


Tajuk - Kerjasama Serantau.

Soalan
Pergolakan politik di Selatan Filipina dan Thailand telah mewujudkan suasana tidak stabil di rantau Asia Tenggara. Situasi ini perlu ditanggani bersama dalam kalangan negara Asean . Jelaskan .

Skima

A . Kesan.
1. Keadaan politik tidak stabil – rusuhan , pertumpahan darah.
2. Menjejaskan sektor pelancongan.
3. Wujudnya pelarian perang.

B. Langkah.
1. Penyelesaian melalui rundingan.
2. Membantu membangunkan ekonomi dan taraf hidup di kawasan bergolak contoh
IMT-GT , BIMP-GT .
3. Memperkukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang.


ESEI B – LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI.
Tajuk - Teknologi Punca Penyakit.

Soalan

Penciptaan dan penggunaan peralatan sains dan teknologi moden menjadi salah satu punca kepada meningkatnya penyakit kronik. Walaubagaimana pun , memang diakui punca-punca lain turut mempengaruhinya. Bincangkan penyataan di atas dengan memberi contoh-contoh yang sesuai .

Skima

A ) Punca wajib.
- penggunaan peralatan sains dan teknologi.

B ) Punca-punca lain.
- pemakanan tidak seimbang
- genetik
- pencemaran udara / air
- gaya hidup tidak sihat.

Tajuk - Pertanian.

Soalan

Penggunaan bahan kima dalam sektor pertanian mampu menuingkatkan hasil pengeluaran. Walaubagaimana pun kaedah ini boleh membawa impak terhadap kehidupan manusia. Jelaskan .

Skima

A ) Kebaikan.
- produktiviti meningkat.
- kualiti meningkat.

B ) Keburukan.
- penyakit / kesihatan.
- kepupusan sumber.
- mengancam keseimbangan ekologi / pencemaran air / pencemaran tanah.

ESEI BAHAGIAN A- LARAS SAINS SOSIAL

SOALAN 1

RASUAH

SOALAN: Kegiatan rasuah didalam negara terus menular tanpa mengenal tempat dan jawatan yang disandang. Gejala sosial bagaikan barah masyarakat ini perlu dibendung demi menambahkan keyakinan rakyat. Jelaskan penyataan ini.

Skema jawapan
punca rasuah
I. inginkan kemewahan/ meterialistik
II. pengetahuan agama/ moral rendah
III. kelemahan undang-undang.
IV. penguatkuasaan yang lemah.

langkah mengatasi
I. penguatkuasaan undang-undang
II. kempen anti rasuah
III. peranan BPR



SOALAN 2

BARANGAN TEMPATAN

SOALAN: Pembelian barangan buatan tempatan didapati masih terhad berbanding dengan barangan import. Berikan langkah-langkah yang wajar dalam usaha menarik minat masyarakat membeli barangan keluaran tempatan.

SKEMA JAWAPAN;

I. kempen besar-besaran dan berterusan
II. meningkatkan qualiti dan produktiviti barangan tempatan
III. promosi dan iklan
IV. tawaran harga yang berpatutan
V. peranan kerajaan dan NGO
VI. melalui pendidikan – sekolah dan IPT
VII. menaikkan tarif barang import
VIII. meningkatkan perkhidmatan susulan selepas jualan



ESEI BAHAGIAN B- LARAS SAINS TEKNOLOGI


SOALAN 3

AIR

SOALAN: Pencemaran air yang seriusmengancam aktiviti kehidupan manusia, dalam situasi begini, pelbagai langkah menguruskan sumber airsecara sistematik amatlah perlu.jelaskan.

SKEMA JAWAPAN:

A. Kesan-kesan
I. kesihatan manusia terjejas
II. kehidupan akuatik terjejas atau pupus
III. kekurangan sumber protein
IV. krisis sumber air bersih

B. cara-cara
I. mengekalkan da memperluaskan teknologi perawatan air
II. memelihara dan mengekalkan kawasan tadahan air
IV. penerokaan sumber air baru
V. teknologi bekalan air bersih
VI. pembangunan dan penyelidikan (R&D)


SOALAN 4

TEKNOLOGI KOMUNIKASI/ CCTV/ HANDPHONE

SOALAN : Penggunaan CCTV mampu membantu menyelesaikan banyak masalah dalm kehidupan seharian pada abad ini. Jelaskan?

Skema jawapan:

-membekalkan imej/bukti kegiatan jenayah/ kemalangan jalan raya
-alat komunikasi
-meningkatkan proses R&D
-meningkatkan kecekapan dalam bidang perubatan
-meningkatkan bidang pendidikan
-teknologi penyiaran


Bahagian A
(Sosial – Soalan no. 3: Isu Rogol)
Contoh soalan
Belakangan ini, peningkatan kes rogol sering dipaparkan di media elektronik dan media cetak tempatan. Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak perlu bertanggungjawab membendung gejala tersebut. Jelaskan.
Contoh jawapan ( 2A+2B)
Punca:
i. Globalisasi – budaya asing
ii. Sikap mangsa
iii. Penguatkuasaan undang-undang
iv. Agama dan nilai moral
Langkah:
v. Peranan ibu bapa
vi. Pihak kerajaan – pemasangan CCTV
vii. Swasta / NGO

(Ekonomi - Soalan no. 4: Isu Kepenggunaan)
Contoh soalan
Kesedaran melindungi hak-hak pengguna dalam kalangan masyarakat di Malaysia masih rendah dan usaha pihak-pihak tertentu untuk melindungi hak mereka pula berdepan dengan pelbagai halangan. Bincangkan halangan-halangan dalam usaha melindungi hak-hak pengguna.
Contoh jawapan ( 4 + 0 )
Halangan-halangan
i. Kejahilan pengguna
ii. Sikap peniaga
iii. Kelemahan Persatuan Pengguna
iv. Penguatkuasaan undang-undang
v. Pengaruh antarabangsa

Bahagian B
(Teknologi – Soalan no. 3: Isu Satelit)
Contoh soalan
Sungguhpun penciptaan satelit mempunyai keistimewaan yang tertentu, namun penciptaan alatan ini sebenarnya boleh menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia. Jelaskan.
Contoh jawapan (2A + 2B)
Keistimewaan / kebaikan
i. Membuat ramalan cuaca
ii. Komunikasi antarabangsa
iii. Penyelidikan dan pembangunan (R&D)
iv. Keselamatan
Masalah
v. Jenayah siber
vi. Globalisasi
vii. Pencemaran

(Alam Sekitar – Soalan no. 4: Isu Tanah)
Contoh soalan
Bencana alam seperti bencana tanah runtuh yang berlaku didapati berpunca daripada fenomena semula jadi dan aktiviti manusia. Jelaskan penyataan di atas.
Contoh Jawapan (2A + 2B)
Punca semula jadi
i. Pengaruh cuaca
ii. Struktur tanah
iii. Bentuk muka bumi
Punca manusia
iv. Pembalakan berleluasa (teknologi)
v. Pencemaran – kepupusan hutan
vi. Ubah muka bumi
vii. Ujian nuklear


LARAS SAINS

SAINS SUKAN

Sains sukan belum terkenal di Malaysia memandangkan paradigma masyarakat menyangka sukan hanya melibatkan kekuatan fizikal semata-mata. Walau bagaimanapun bidang ini mampu melonjakkan kecemerlangan sukan negara. Huraikan sumbangan sains sukan kepada kemajuan bidang sukan negara.

Cadangan isi (4 +O)

1. sains pemakanan
2. ketahanan psikologi/mental
3. rawatan fizikal / fisioterapi
4. keputusan tepat
5. kejurulatihan
6. R & D
7. Alat Bantu

TEKNOLOGI DALAM BIDANG PERUBATAN
Kemajuan dan perkembangan perubatan berkait rapat faKtor penggunaan alat bantu. Walau bagaimanapun, kemajuan bidang ini turut disumbangkan oleh faktor-faktor lain. Jelaskan.

Cadangan isi (1 + 3)

Alat Bantu

FaKtor-faktor lain

R & D
Kejuruteraan perubatan / Prasana
Kepelbagaian dn kualiti ubat
Kualiti ubat

LARAS SAINS SOSIAL

KEMALANGAN JALAN RAYA

Pelbagai bentuk kecuaian pengguna jalan raya dikenal pasti menjadi penyumbang kepada peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita. Jelaskan.

Cadangan isi (4 + 0)

1. Pengaruh alkohol
2. Mengantuk/letih/memandu tanpa rehat
3. Membawa muatan lebih
4. Sikap tidak bertimbang rasa dan panas baran
5. tidak mematuhi peraturan jalan raya


MARUAH NEGARA

Belakangan ini, imej negara di persada antara bangsa amat memberansangkan dan wajar dipertahankan. Jelaskan usaha-usaha yang boleh diambil untuk menaikkan imej negara.

Cadangan isi (4 + 0)

1. mengekalkan kestabilan politik / keamanan negara
2. kemakmuran ekonomi / merapatkan jurang kaya miskin / pengagihan ekonomi yang adil
3. pendidikan/kadar celik huruf yang tinggi dan buta huruf
4. Memantapkan perpaduan kaum
5. Prasaran dan pembangunan fizikal seimbang luar bandar dan bandarMembasmi pengangguran

1.FLORA DAN FAUNA

1. Kepelbagaian biologi berhubung kait dengan kesejahteraan hidup manusia .Justeru kepupusan sumbernya perlu diberi perhatian serius.Jelaskan

Isi

a. Kepentingan
1. Ubat-ubatan (herba)
2. Sumber makanan
3. Bekalan oksigen/ekosistem

b. Langkah
1. Penyelidikan pemeliharaan dan pemuliharaan
2. Pembiakan genetik
3. Vegetasi(Proses menyuburkan tanah)



2.HIDRO

Sumber tenaga hidro semakin mendapat sambutan baik dalam kalangan Negara maju mahupun Negara-negara sedang membangun. Selain dengan perkembangan ini Malaysia turut menerokai bidang ini secara aktif berlandaskan potensi yang ada.

Kepentingan
1. Sumber tenaga alternatif
2. Mengelakkan/mengurangkan pencemaran


Potensi
1. Sumber air
2. Kepakaran
3. Keistimewaan hidro-mesra alam


3.PELABURAN ASING(TUGASAN FOKUS TIDAK SEIMBANG 1 t 3)


Banyak Negara membangun bergantung kepada pelaburan asing.Sehubungan itu kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebahagian besar wang untuk menambah baik infrastruktur Negara bagi menjana minat para pelabur. Ulaskan pernyataan ini

ISI

Langkah
1. Prasarana
2. Insentif-taraf perintis
3. Lawatan diplomatik
4. Promosi dan kempen-media


4.KAMERA LITAR TERTUTUP(CCTV)

Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi telah member manafaat kepada manusia sejagat.Ciptaan seperti cctv telah menyebabkan pelbagai urusan yang rumit dapat di selesaikan .Jelaskan pernyataan ini


ISI

1. Kaji Cuaca
2. Rakaman lalulintas (trafik)
3. Aspek keselamatan
4. Aktiviti diagnosis (Image Prosesing)

Esei Laras Sastera
i. Bidang sosial

Skop: Jenayah remaja/salah laku remaja

Belakangan ini penglibatan remaja dalam tidak bermoral di negara ini membimbangkan banyak pihak. Pelbagai cara telah diambil untuk mengatasi masalah ini.Bincangkan.

Skima
A. Punca/ sebab
Latarbelakang keluarga
Pengaruh rakan sebaya
Kurang didikan agama/moral/amalan nilai murni
media massa/globalisasi

B. Langkah atasi
Pendidikan dalam intitusi keluarga / sekolah
Kerjasama masyarakat
kuatkuasa undang-undang
Kempen kesedaran nilai murni


ii. Bidang ekonomi
Skop: Memperkasakan sektor pertanian


Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), kerajaan memberikan fokus kepada usaha membangunkan pertanian komersial berskala besar. Selain mengembangkan aktiviti pemprosesan dan mempelbagaikan produk, Usaha gigih turut dijalankan bagi mengukuhkan rangkaian pemasaran di peringkat global.
Jelaskan cabaran-cabaran yang perlu diatasi dalam usaha memperkasakan sektor pertanian di negara ini.

Skima
Keperluan sumber modal/ tenaga buruh/tenaga pakar
Kemajuan R&D/ teknologi
Saingan pasaran global
Saingan guna tanah
Khidmat sokongan (kerajaan/ swasta)
Prasarana tidak meluas


Esei Laras Sains

Bidang kesihatan
Skop: Penyakit kronik: Penyakit kuku dan mulut dalam kalangan kanak-kanak.


Akhir-akhir ini, penyakit kuku dan mulut kerap dikesan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Justeru, perhatian serius terhadap perkara ini wajar diambil. Jelaskan.

Skema:

A. punca
sekitaran
tidak ambil imunisasi
pemakanan

B: Langkah-langkah:

1. Amalan penyusuan ibu.
2. Penjagaan kebersihan sekitaran.
3. imunisasi awal
4. rawatan berkala

1. LARAS SAINS - SUMBER TENAGA BIOGAS


Penemuan dan penghasilan sumber tenaga baru seperti biogas mendatangkan manfaat yang banyak kepada kehidupan manusia. Walau bagaimana pun, sumber tenaga tersebut turut menimbulkan risiko kepada sesebuah Negara. Huraikan

Skema:

a) Kepentingan
i. Sumber alternatif menggantikan petroleum
ii. Pencemaran alam sekitar dapat diatasi
iii. Meningkatkan R & D dalam penggunaan biogas

b) Kesan

i. Menjejaskan ekologi alam sekitar (hakisan akibat penerokaan hutan untuk
ganti hutan dan sumber yang boleh menghasilkan biogas)
ii. Pemusnahan hutan secara berleluasa
– menjejaskan sumber perubatan /
flora fauna
- keselamatan suhu terjejas
- terjejas bekalan air

2. LARAS SAINS- PENYAKIT WARGA TUA

Statistik menunjukkan kadar peningkatan penyakit seperti penyakit jantung,darah tinggi dan kencing manis dalam kalangan warga tua amat ketara. Sehubungan itu,pelbagai usaha untuk menangani masalah ini perlu dilaksanakan. Bincangkan.

Skema:
A)PUNCA-PUNCA
1.Daya tahan penyakit
2.Tidak aktif
3. Psikologi

B)LANGKAH-LANGKAH
4.Prasarana perubatan warga tua
5.R&D
6.Pemeriksaan berkala



SOALAN ESEI
3.LARAS SATERA- HAKISAN BUDAYA


Dalam usaha Negara membawa Malaysia kea rah Negara maju sebagaimana dicita-citakan dalam Wawasan 2020, didapati unsur budaya tradisional dalam kalangan generasi muda kian luntur. Jelaskan.

Skema:
A)PUNCA-PUNCA
1.Sikap generasi muda
2.Pengaruh globalisasi
3.Kurang didikan agama
4.Pengaruh rakan sebaya
5.Kelemahan system pendidikan
6.Institusi keluarga –pincang

4.LARAS SASTERA – SUBSIDI

Pemberian subsidi kerajaan adalah antara usaha untuk membantu rakyat menghadapi kemelut peningkatan harga barang dan perkhidmatan ekoran kenaikan harga petrol di pasaran antarabangsa. Selain itu masih banyak pendekatan lain yang boleh dilakukan untuk tujuan di atas. Huraikan

Skema:
A) Isi Wajib –
1.Subsidi

B)Pendekatan Lain
2.Kawalan Harga
3.Kempen Usaha Sediri
4.Perbelanjaan berhemah

BAHAGIAN A ( LARAS SASTERA )

1. SENI FILEM

Hasil-hasil karya filem tanah air masih tidak mendapat sambutan sepenuhnya daripada penonton tempatan.

Hasil-hasil karya filem tempatan masih gagal mendapat kutipan yang memberansangkan apabila ditayangkan di pawagam-pawagam kerana tidak mampu bersaing dengan filem-filem luar negara. Jelaskan

Skema Jawapan

1. Kurang pengetahuan dan kemahiran – skrip, artis, pengarah dan krew.
2. Teknologi yang rendah
3. Kekurangan modal
4. Masalah penapisan filem-filem tempatan yang terlalu ketat.


2. KETOKOHAN PEMIMPIN

Kestabilan ekonomi dapat menjamain kemajuan bangsa dan negara. Namun ciri-ciri ketokohan pemimpin merupakan eset penting dalam mencapai matlamat tersebut.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?

Skema Jawapan

1. Kestabilan ekonomi
2. Menghayati dan mengamaikan nilai-nilai murni.
3. Berpendidikan, berpengalaman dan berpengetahuan
4. Berkarisma

BAHAGIAN B ( LARAS SAINS )

1. KESIHATAN (Sekitaran Punca Penyakit)

Persekitan yang tercemar telah mengundang pelbagai jenis penyakit kepada manusia. Jelaskan

Skema Jawapan

1. Tempat pembiakan lalat dan serangga
2. Bau busuk yang menganggu ketenteraman hidup.
3. Udara yang tercemar menyebabkan kekotoran di udara merosakkan organ
seperti kanser paru-paru dan asma.
4. Air yang tercemar menyebabkab alahan/keracunan makanan.


2. PEMAKANAN

Penggunaan bahan kimia amat perlu dalam penghasilan makanan dan penjagaan kesihatan. Namun, pengambilannya secara berlebihan menyebabkan seseorang memnerima natijah yang sebaliknya. Jelaskan.

Skema Jawapan

1. Mempelbagikan variasi makanan - penghasilan roti
- Pengawet makanan
- Perisa dan pewarna.

2. Makanan suplemen - tambah tenaga
- Kecantikan

Kesan negetif

3. Penyakit.
4. Alahan
5. Keracunan.

Isu: Keganasan Global

Keganasan Global Sejak belakangan ini kes-kes keganasan global bukan lagi merupakan perkara yang luar biasa. Fenomena ini telah menjejaskan keselamatan sejagat jika tidak dibendung. Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.


Bentuk soalan:

Soalan satu tugasan

Skema

1. Peranan PBB

2. Mewujudkan undang-undang pencegahan keganasan

3. Mengeratkan kerjasama antara negara yang berlainan agama dan budaya

4. Mewujudkan kerjasama politik dan ketenteraan antara negara.

Isu: Seni Batik

Industri batik di Malaysia mempunyai potensi untuk maju dan berkembang kerana keunikan dan keistimewaannya. Namun terdapat pelbagai halangan yang boleh menjejaskan perkembangannya. Bincangkan


Bentuk soalan:

Dua tugasan seimbang

Skema

Kekuatan

Warisan tradisional yang unik
Melambangkan identiti tersendiri
sumber pendapatan/ ekonomi masyarakat
Tarikan pelancong


Halangan

Saingan daripada keluaran industri moden
Masalah kekurangan modal
Generasi muda kurang berminat untuk mewarisi kepakaran perusahaan batik
Diusahakan secara kecil-kecilan.

Isu: Bahan Kimia/ perubatan

Penggunaan bahan kimia telah banyak membantu dalam bidang perubatan. Walau bagaimanapun penggunaan bahan kimia secara berlebihan akan mendatangkan kesan kepada kehidupan manusia dan alam sekitar. Jelaskan


Bentuk soalan:

Dua tugasan seimbang


Skema

Kepentingan

Membantu merawat penyakit
Meningkatkan kajian perubatan

Kesan buruk

Kesihatan manusia terjejas akibat kesan sampingan
Pencemaran alam sekitar
3. Kualiti air terjejas

Isu: Ubatan Tiruan

Terdapat pelbagai jenis dan jenama ubatan tiruan di pasaran untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Ubat-ubatan ini dapat dibeli dengan mudah oleh sesiapa sahaja di kedai-kedai ubat yang terdapat di seluruh negara. Jelaskan kesan penggunaan ubat-ubatan tiruan ini kepada kesihatan manusia.

Tugasan soalan:

Satu tugasan


Skema

memudaratkan fizikal manusia
Merosakkan organ dalaman
menjejaskan imunisasi / daya ketahankesan kepada genetik / baka


(SUKAN DAN PERPADUAN) (1 + 3)

SOALAN:
Malaysia berusaha memajukan bidang sukan sebagai alat untuk memantapkan integrasi nasional. Selain usaha ini, negara proaktif merealisasikan agenda di atas melalui pelbagai pendekatan. Jelaskan pernyataan di atas.

SKEMA JAWAPAN:

Sukan sebagai alat untuk memantapkan integrasi nasional
Pendekatan-pendekatan lain untuk memantapkan integrasi nasional
melalui pendidikan
- Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum
- Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- Berasaskan kurikulum, kegiatan kokurikulum dan peperiksaan yang sama
- Mengadaptasi konsep Sekolah Wawasan

melalui kebudayaan dan bahasa
- Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Dapat membentuk sebuah masyarakat bersatu padu yang mempunyai satu identiti nasional
-
ekonomi
- pengagihan kekayaan negara yang adil dan saksama
- peluang yang sama rata
-
politik
- parti politik memperjuangkan nasib rakyat yang berbilang kaum
- pengagihan kuasa pemerintah yang seimbang kepada semua kaum
-
aktiviti sosial komuniti/masyarakat setempat

(KESIHATAN – PERUBATAN TRADISIONAL/HERBA)

SOALAN:
Perubatan tradisional telah digunakan sejah sebelum wujudnya perubatan moden dan mempunyai kepentingan yang tersendiri. Justeru, pelbagai usaha telah diambil untuk memantapkan perubatan tradisional di negara kita. Bincangkan.

SKEMA JAWAPAN:

KEPENTINGAN:
Tiada bahan sampingan
Sumber bahan mentah mudah diperoleh – sumber semula jadi
Mesra alam – pencemaran

LANGKAH:
R&D – Pelbagai bentuk ubat/produk ubat
Kepakaran luar
Alat moden - pemasaran – laman web/internet
- perisian:
- Penggunaan komputer

(SAINS DAN JENAYAH)

SOALAN:
Kadar jenayah dalam kalangan remaja yang berlaku di negara kita semangkin membimbangkan. Kaedah sains dan teknologi boleh digunakan untuk membendung masalah ini daripada berleluasa. Bincangkan peranan sains dan teknologi dalam menangani jenayah tersebut.

SKEMA JAWAPAN:

Sains forensik/kajian bahan bukti
peralatan pencegahan jenayah
sistem telekomunikasi
penggunaan satelitperalatan siasatan dan pengesanan jenayah


ESEI LARAS SASTERA

TAJUK/ ISU: PERUMAHAN

Soalan:

Kegagalan pemaju menyiapkan projek perumahan telah menimbulkan keresahan kepada pembeli. Hal ini juga menyebabkan wujudnya masalah kepada pemaju dan negara.
Ulaskan pernyataan di atas.

Skema Jawapan:

A) Kesan kepada pembeli

1. Beban kepada pembeli


B) Kesan kepada pemaju

2. Beban kos pemaju

3. Kos saman pengguna

4. Menjatuhkan imej


C) Kesan kepada negara

5. Mencacatkan pemandangan

6. Pihak yang berkaitan terima aduan


Cacatan: 1A+ 1B+1C dan mana-mana salah satu daripada B atau C


ESEI LARAS SAINS DAN TEKNOLOGI

TAJUK/ ISU : BIOTEKNOLOGI


SOALAN:

Perkembangan bioteknologi dalam bidang pertanian telah membawa perubahan kepada negara. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan teknologi ini juga boleh menjejaskan masa depan sektor pertanian.
Bincangkan.

Skema jawapan:

A) Manfaat

1. Menghasilkan baka yang berkualiti

- tumbesaran cepat
- buah lebih besar, tanpa biji dan cepat matang

2. Mempelbagaikan spesis tanaman

- menghasilkan spesis baru
- sesuai dengan iklim


B) Masalah

3. Kesan sampingan kepada manusia

- alahan
- penyakit

4. Penyakit tanaman

- kelemahan genetik dan mudah diserang penyakit


Catatan: 2A+2B

TAJUK/ISU : Sains dan keselamatan jalan raya


Soalan:

Belakangan ini kes kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan terbukti berkaitan dengan pengaruh teknologi. Walau bagaimanapun sains dan teknologi dapat membantu para pengguna jalan raya.
Huraikan.

Skema Jawapan:

A) Punca

1. Uji kelajuan

2. Pengaruh teknologi melalaikan

3. Teknologi dalam media pengiklanan


B) Kepentingan

4. Kawal keselamatan

5. Mengesan pesalah jenayah

6. Binaan jalan raya

Catatan : 2A+2B

LARAS SAINS SOSIAL

A. Sosial – Penghijrahan/Pendatang asing


Soalan – Kemasukan pendatang asing banyak memberi sumbangan terhadap pembangunan ekonomi Negara. Walau bagaimanapun kita perlu berwaspada terhadap kehadiran mereka.
Bincangkan.

Skema jawapan
A – sumbangan
1. mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh
2. mewujudkan persaingan sihat
3. menjana sektor ekonomi Negara
4. meningkatkan industri pelancongan negara

B – Keburukan
1. meningkatkan kadar jenayah
2. peningkatan pengangguran penduduk tempatan
3. menularnya penyakit berjangkit
4. pengaliran wang keluar
5. pengaruh budaya asing


Ekonomi – Kawalan Mata Wang

Soalan – Penambatan mata wang dalam tukaran asing berjaya membantu negara mengharungi masalah kegawatan ekonomi.
Jelaskan

Skema jawapan
1. mengurangkan risiko spekulasi ke atas nilai mata wang Negara
2. meyakinkan pelaburan asing
3. dapat menyekat peningkatan harga barang di pasaran tempatan
4. mewujudkan keharmonian negara
5. kawalan aliran keluar wang Negara


B. Sains dan Teknologi

Kesihatan – Pemakanan punca penyakit


Soalan – Rutin pemakanan dalam kalangan masyarakat pada hari ini dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit berbahaya.
Jelaskan

Skema jawapan
pemakanan tidak seimbang
penyediaan makanan
pemilihan makanan
makanan separuh mentah
makan di luar

Sumber tenaga - Fosil

Soalan – Penggunaan tenaga fosil lebih digemari berbanding sumber tenaga yang lain. Sebaliknya penggunaan sumber tenaga ini mendatangkan pelbagai masalah kepada kehidupan manusia. Jelaskan.

Skema Jawapan
A. -sebab digemari
penggunaan dalam pelbagai sektor
kapasiti tenaga yang tinggi

B. -masalah kepada manusia
1. pencemaran
2. kepupusan sumber

Friday, October 10, 2008

ISU HANGAT LARAS SASTERA

sosial

Rasuah
Rempit
Rogol
Ragut
Jenayah Remaja/Salah laku remaja
Pendidikan
Hakisan Budaya
Penghijrahan/Pendatang asing
Seni: Filem
Seni: Sastera
Seni: Batik/ Kraf tangan
Kemalangan jalan raya
Sukan dan Perpaduan
Perumahan

Ekonomi

Pelaburan Asing
Barangan Tempatan
Elak Cukai
Kepenggunaan
Jurang ekonomi
Memperkasa sektor pertanian
Upah minimum
Subsidi
Kawalan mata wang

Politik

Ketokohan pemimpin
Kerjasama serantau
Keganasan global
Maruah negara

Monday, October 6, 2008

Karangan Laras Sastera

Soalan:
Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen antimerokok di tempat-tempat awam. Bincangkan kesan merokok di tempat awam dan sarankan langkah-langkah yang sesuai untuk membendung amalan merokok di tempat awan.

Calon mestilah memberi dua kesan buruk kepada orang awam dan dua langkah mengatasi perokok di tempat awam.

Isi:
Kesan-Kesan Buruk
1. Kandungan asap rokok membahayakan kesihatan orang awan yang menyedutnya.
2. Orang awam tidak selesa berada di tempat awam akibat asap rokok

Langkah
1. Peranan media massa-iklan/mesej asap rokok yang bahaya itu
2. Penguatkuasaan undang-undang kepada perokok di tempat awam-saman/dakwa di mahkamah/denda yang maksima

Sunday, September 28, 2008

Tuesday, September 23, 2008

ESEI DISIPLIN SASTERA

SOALAN
Maruah dan martabat sesuatu bangsa itu tidak hanya terletak pada kemantapan bahasanya semata-mata. Masih terdapat faktor-faktor lain yang juga boleh menentukan maruah dan martabat sesuatu bangsa itu. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Anda mesti memberikan dua isi wajib dan dua faktor lain.

ISI
Isi wajib- Kemantapan Bahasa

1. Bahasa menjadi alat komunikasi dalam masyarakat
2. Bahasa melambangkan identiti sesuatu bangsa

Faktor lain:-

1. Budaya, adat resam, cara hidup, agama dan kepercayaan masyarakat itu
2. Usaha bangsa itu menjalinkan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan bangsa lain.

Monday, September 22, 2008

Karangan Laras Sastera

Soalan 1.

Ibarat "harapkan pagar pagar makan padi". Bincangkan peribahasa ini dalam konteks punca-punca yang menyebabkan isu-isu sumbang mahram bagi sesetengah ahli keluarga yang bertindak di luar batas perikemanusiaan dalam masyarakat kita hari ini.

ISI
A. Isi wajib
1. Pengertian "harapkan pagar pagar makan padi".
B.Tiga isi lain(punca-punca)
2. Kekurangan pengetahuan dan amalan agama atau moral
3. Taraf sosioekonomi yang rendah:-pendapatan rendah, rumah tiada bilik untuk anak perempuan
4. Peruntukan undang-undang yang masih lagi ringan:-penjara 6 tahun dan 20 sebatan tidak memadai untuk menakutkan orang ramai, penguatkuasaan undang-undang tidak ketat.

Soalan 2. Masalah jenayah kanak-kanak semakin membimbangkan dalam era globalisasi kini. Adalah dikatakan bahawa kelemahan institusi keluarga menjadi salah satu punca masalah ini. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

ISI
Faktor kelemahan institusi keluarga ialah:-
1. Kurang perhatian ibu bapa dari segi pendidikan agama atau moral.
2. Latar belakang sosioekonomi yang rendah(miskin)
3. Kesibukan ibu bapa yang bekerja, kurang perhatian kepada anak-anak

Faktor lain ialah:-
4. Pengaruh rakan sebaya

Wednesday, September 17, 2008

SOALAN DISIPLIN SASTERA-KARANGAN

SOALAN 1

ASEAN telah mencapai kejayaan yang banyak dan kini menjadi semakin berpengaruh bukan sahaja di rantau Asia tetapi juga di arena antarabangsa. Namun demikian, masih terdapat kelemahan dalam kerjasama antara negara anggota ASEAN.
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Anda hendaklah menghuraikan dua kejayaan ASEAN dan dua kelemahan ASEAN.


Isi-isi
Kejayaan ASEAN
► kerjasama ekonomi yang menguntungkan semua pihak; projek perindustrian bersama, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), Konsep Segitiga Pertumbuhan
► kerjasama sosiobudaya; kawalan penyakit SARS dan selesema burung, membanteras pengedaran dadah dan keganasan antabangasa

Kelemahan ASEAN
► pendirian politik antarabangsa yang tidak sama, misalnya Filipina dan Singapura memihak kepada Amerika Syarikat dengan memberikan kemudahan pangkalan kepada tentera Amerika Syarikat
► negara-negara anggota mengutamakan kepentingan domestik daripada kepentingan bersama; mewujudkan persaingan sengit dalam ekonomi

SOALAN 2

Sejak dahulu lagi, filem-filem Melayu bertumpu pada isu, persoalan, dan watak Melayu sahaja. Oleh sebab itu, filem-filem Melayu kurang mendapat sambutan daripada penonton bukan Melayu.
Bincangkan kepentingan filem-filem Melayu harus memaparkan masyarakat majmuk di Malaysia serta halangan yang akan dihadapi.

Kehendak Soalan
Anda hendaklah menghuraikan dua kepentingan pemaparan masyarakat majmuk dalam filem-filem Melayu dan dua halangan yang akan dihadapi.


Isi-isi
Kepentingan filem Melayu memaparkan masyarakat majmuk
► mencerminkan keadaan sosial budaya Malaysia yang sebenarnya
► memupuk satu semangat kekitaan

Halangan yang akan dihadapi
► bantahan kaum tertentu jika watak protagonis terdiri daripada kaum tertentu sahaja
► pemaparan imej negatif kaum tertentu mungkin dijadikan isu politik atau perkauman

SOALAN 3

Di negara-negara membangun, kedudukan kaum wanita dalam masyarakat amat rendah dan mereka dinafikan hak-hak mereka. Kaum wanita masih dikongkong oleh adat lama dan pelbagai kekangan yang lain.
Bincangkan penyataan ini.


Kehendak Soalan
Anda hendaklah menghuraikan adat lama yang mengongkong kaum wanita di negara-negara membangun dan tiga kekangan yang lain


Isi-isi
► adat lama menyebabkan mereka menjadi isteri yang patuh kepada suami secara membuta tuli
► kemunduran negara menafikan peluang pendidikan kepada wanita
► diskriminasi terhadap kebolehan dan keupayaan wanita masih menebal
► ketiadaan perlindungan undang-undang atau jika adapun, undang-undang itu tidak dapat dilaksanakan

SOALAN 4

Golongan orang kurang upaya (OKU) memang memerlukan bantuan daripada kerajaan dan masyarakat. Akan tetapi, bantuan kewangan sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan golongan orang kurang upaya (OKU).
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Anda hendaklah menghuraikan empat jenis bantuan yang patut dihulurkan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).


Isi-isi
► kerajaan dan sektor swasta perlu memberikan kemudahan istimewa kepada golongan OKU; tambang konsesi dalam pengangkutan awam dan pengecualian bayaran rawatan di hospital kerajaan
► golongan OKU mesti diberikan bimbingan dan latihan yang sesuai; pendidikan khas, bahan bacaan dalam Braille
► kerajaan mewajibkan pengambilan golongan OKU sebagai pekerja bagi agensi kerajaan dan sektor swasta; menetapkan kuota yang harus dipenuhi
► pelepasan cukai pendapatan bagi golongan OKU yang bekerja; dapat meringankan bebanan OKU dan juga ahli keluarga mereka

SOALAN 5.

Menjelang tahun 2020, populasi warga emas melebihi usia 60 tahun di negara ini dijangka akan meningkat sebanyak 11%. Warga emas sememangnya penting kepada negara namun timbul juga pelbagai masalah.
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan dua kepentingan warga emas dan dua masalah yang bakal timbul akibat peningkatan populasi warga emas.


Isi-isi
Kepentingan warga emas
► pengalaman dan pandangan warga emas penting kepada pembangunan negara
► warga emas sihat dan masih dapat melakukan kerja dan berbakti kepada negara

Masalah yang bakal timbul akibat peningkatan populasi warga emas
► kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk menyediakan kemudahan rumah kebajikan dan perubatan
► masalah perbezaan pandangan dan sikap dengan generasi muda

SOALAN 6.

Kementerian Pelajaran mewajibkan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum wajib tetapi sambutan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum amat tidak menggalakkan.
Bincangkan langkah yang sesuai untuk meningkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.


Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan langkah-langkah yang sesuai untuk meningkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.


Isi-isi
► memasukkan aktiviti kokurikulum sebagai subjek dalam peperiksaan; wajib lulus oleh pelajar; pelajar terpaksa menyertainya
► mempelbagaikan aktiviti kokurikulum dan menjadikannya lebih seronok; memperkenalkan aktiviti yang lebih mencabar dan memikat seperti kapal layar, mendaki gunung, luncur angin, dan selam scuba
► menyediakan insentif seperti biasiswa dan memudahkan kemasukan ke universiti kepada golongan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum
►melibatkan ibu bapa dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti pengembaraan dan perkhemahan

SOALAN DISIPLIN SAINS-KARANGAN

SOALAN 1

Penyakit Kanser adalah berbahaya dan boleh membawa maut. Kajian sains telah membuktikan bahawa merokok ialah punca utama penyakit kanser paru-paru tetapi terdapat punca-punca lain yang juga dapat mencetuskan penyakit kanser.
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan

Anda hendaklah menghuraikan merokok sebagai punca utama penyakit kanser dan tiga punca lain yang mencetuskan penyakit kanser.


Isi-isi
► amalan merokok;- tembakau dalam rokok mengandungi bahan kimia bertoksik; boleh menyebabkan kanser paru-paru, mulut, kerongkong, dan ginjal
► pemakanan yang tidak sempurna;- boleh menyebabkan obesiti, seterusnya mencetuskan kanser
► pendedahan kepada bahan yang berbahaya seperti asbestos dan bahan kimia
► pendedahan kepada bahan radioaktif;- mengubah struktur DNA dan menyebabkan mutasi genetik; pendedahan yang berpanjangan kepada sinar matahari boleh menyebabkan kanser kulit


SOALAN 2

Kemajuan kejuruteraan genetik mecetuskan perkembangan bidang bioteknologi. Kefahaman yang kukuh tentang proses hidup peringkat gen mampu memberikan sumbangan yang bererti kepada penyelidikan dan pembangunan dalam bidang bioteknologi
Bincangkan maksud bioteknologi dan langkah-langkah untuk memajukan bidang bioteknologi di negara ini.

Kehendak Soalan

Anda hendaklah menjelaskan maksud bioteknologi dan menghuraikan tiga langkah untuk memajukan bidang ini.

Isi-isi
►maksud bioteknologi
- menggunakan tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma seperti bakteria dan juga proses biologi untuk menghasilkan produk bagi kegunaan manusia atau untuk membuat tugas bagi manusia
- dalam bidang perindustrian, perubatan dan pertanian, bioteknologi digunakan untuk menghasilkan makanan dan ubat-ubatan, untuk menguji penyakit, dan untuk melupuskan bahan buangan.

Langkah-langkah untuk memajukan bioteknologi

► menyediakan Dasar Bioteknologi Negara (DBN) yang memberikan hala tuju dan strategi pembangunan yang jelas dan menyeluruh
► menyediakan insentif cukai dan geran kepada syarikat yang terlibat dalam industri dan perniagaan bioteknologi.
► melahirkan tenaga pakar yang dapat menjalankan R&D dalam bidang ini.

SOALAN 3

Kes kematian yang disebabkan oleh penyakit jantung di Malaysia belakangan ini semakin meningkat. Salah satu punca penyakit jantung ialah tekanan yang dihadapi oleh seseorang dalam menjalani kehidupan moden.
Berikan ulasan anda tentang penyataan ini.

Kehendak Soalan

Anda hendaklah menghuraikan tekanan hidup sebagai punca penyakit jantung punca dan tiga punca yang lain.


Isi-isi
► tekanan hidup; menaikkan tekanan darah; risiko utama bagi serangan jantung dan strok
► amalan merokok; meningkatkan risiko penyakit kadiovaskular, terutamanya dalam orang yang merokok sejak muda dan orangyang kuat merokok
► kekurangan senaman; meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 50%
► pemakanan yang tidak sihat; kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi dan kurang buah-buahan dan sayur-sayuran; meningkatkan risiko sakit jantung koronari dan strok.


SOALAN 4

Pembangunan lazimnya dikaitkan dengan pencemaran alam sekitar, Oleh itu, kerajaan sentiasa menjalankan usaha-usaha untuk mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar yang diakibatkan oleh pembangunan.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk memastikan bahawa pembangunan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.


Kehendak Soalan

Anda hendaklah menghuraikan empat langkah yang dapat diambil oleh kerajaan untuk memastikan pembangunan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar.


Isi-isi
► projek pembangunan mesti melalui Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA)
► hanya projek yang mesra alam diluluskan
► tenaga alternatif yang mesra alam seperti tenaga solar dan hidroelektrik digunakan
► meningkatkan teknologi merawat alam sekitar


SOALAN 5

Kerajaan berusaha untuk mempermoden sistem perhubungan dan komunikasi negara demi kemajuan dan pembangunan negara. Oleh itu, sistem perhubungan dan komunikasi negara telah mengalami perubahan yang besar sejak belakangan ini.
Bincangkan kemajuan yang telah dicapai dalam sistem perhubungan dan komunikasi negara.

Kehendak Soalan

Anda hendaklah menghuraikan empat kemajuan dalam sistem perhubungan dan komunikasi negara.


Isi-isi
► sistem pengangkutan jalan raya yang moden; Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Timur Barat, Sistem Transit Aliran Ringan(LRT), monorel, kereta api elektrik, landasan kereta berkembar
► sistem pengangkutan udara yang canggih: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia
► sistem pengangkutan laut yang bertaraf antarabangsa: Pelabuhan Klang di Selangor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor
► sistem komunikasi satelit: MEASAT I, MEASAT II, MEASAT III, TiungSAT, dan RazakSAT; membolehkan penyiaran televisyen satelit (Astro) serta memperkembang perkhidmatan komunikasi tempatan dan serantau


SOALAN 6

Malaysia kini sedang menuju ke arah status negara perindustrian. Namun demikian, masalah kekurangan tenaga teknokrat dan profesional merupakan kekangan yang perlu ditangani segera.
Cadangkan langkah-langkah yang wajar diambil untuk menangani masalah tersebut.


Kehendak Soalan

Anda hendaklah menghuraikan empat langkah untuk melahirkan tenaga teknokrat dan profesional yang secukupnya.


Isi-isi
► pendidikan sains dan teknologi yang lebih menarik sejak sekolah rendah
► pameran dan pertandingan reka cipta yang kerap dan meliputi pelbagai lapisan masyarakat
► pertambahan pelajar bidang teknokrat dan profesional di institusi pengajian tinggi
► menggiatkan projek penyelidikan dan pembangunan (P & P) dengan pemberian pelbagai insentif oleh kerajaan


SOALAN 7

Sungai merupakan sumber air minuman tetapi pencemaran sungai di negara kita telah sampai ke tahap yang agak membimbangkan.
Bincangkan kesan negatif akibat pencemaran sungai dan cadangkan langkah untuk menangani masalah tersebut.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan dua kesan negatif akibat pencemaran sungai dan dua langkah untuk mengatasi masalah ini.


Isi-isi
Kesan-kesan negatif akibat pencemaran sungai
► kematian dan kepupusan hidupan laut
► masalah krisis air akan berlaku

Langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran sungai
► kaedah rawatan sungai yang moden; menapis dan menyekat sampah
► pusat rawatan untuk merawat sisa bertoksik daripada kilang-kilang

SOALAN 8

Penggunaan racun makhluk perosak dengan tidak mengikut peraturan boleh membawa kesan buruk. Dengan ini, langkah-langkah harus diambil untuk mengatasi masalah penggunaan racun makhluk perosak tanpa mengikut peraturan.
Bincangkan penyataan di atas.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan dua kesan buruk penggunaan racun makhluk perosak yang tidak mengikut peraturan dan dua langkah untuk mengatasi masalah ini.


Isi-isi
Kesan buruk penggunaan racun makhluk perosak
► keracunan makanan dan kesihatan manusia terjejas
► pencemaran alam dan menjejaskan ekologi alam sekitar

Langkah-langkah untuk mengatasinya
► kaedah pertanian moden seperti akuakultur
► kawalan biologi untuk menghapuskan makhluk perosak

SOALAN 9

Krisis kekurangan air yang berlaku di sesetengah kawasan di dunia diakibatkan oleh kemarau panjang tetapi punca krisis ini juga diakibatkan oleh kerakusan manusia yang merosakkan alam semula jadi.
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan kemarau panjang sebagai punca krisis air dan tiga punca lain yang diakibatkan oleh kerakusan manusia.


Isi-isi
► kemarau panjang; faktor hidrometereologi yang tidak dapat dielakkan; kerap berlaku di benua Afrika; tiada hujan berbulan-nulan lamanya; sungai menjadi kering
► pemusnahan kawasan tadahan air akibat pembalakan hutan tanpa kawalan; sumber air berkurang; sungai menjadi kering
► pencemaran sumber air akibat tindakan manusia seperti pembalakan dan pembuangan sampah ke dalam sungai; sumber air bersih terjejas
► pembangunan tanpa kawalan; menyebaban hakisan tanah; mendakan di sungai; mengotorkan sungai

SOALAN 10

Industri pelancongan kesihatan semakin penting di Malaysia kerana beribu-ribu orang pelancong dari Singapura, Indonesia, Negara Thai, dan negara-negara Timur Tengah mendapatkan rawatan di hospital swasta di Malaysia semasa lawatan mereka ke negara ini.
Bincangkan cara-cara kerajaan dapat memajukan industri pelancongan kesihatan.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat cara Malaysia dapat memajukan industri pelancongan kesihatan.


Isi-isi
► menyusun pakej pelancongan kesihatan dengan menyelaraskan tawaran hospital dan hotel serta membentuk rangkaian rujukan antarabangsa
► menggalakkan hospital swasta tempatan mendapatkan akreditasi antarabangsa dan mengadakan hubungan strategik dengan pusat perubatan terkemuka di dunia
► melonggarkan syarat imigresen bagi pakar perubatan dan pesakit asing
► menyokong penyelidikan klinikal di institusi kesihatan untuk membina pusat kecemerlangan klinikal

SOALAN 11

Perkembangan dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendatangkan manfaat yang banyak kepada manusia sejagat tetapi di sebalik manfaat itu, terselit ancaman yang dapat mendatangkan implikasi buruk jika dipandang enteng.
Bincangkan ancaman yang mungkin timbul kesan daripada perkembangan dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat ancaman yang mugkin timbul kesan daripada perkembangan dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


Isi-isi
► pencemaran budaya melalui penyebaran gambar lucah dan bahan-bahan negatif
► penggodam komputer menceroboh komputer dan mencuri serta memusnahkan data
► pengganas dan kartel dadah berhubung dengan menggunakan kod rahsia melalui Internet
► penyebaran propaganda atau fitnah untuk menjatuhkan sesuatu pihak atau kerajaan

SOALAN 12

Kemampuan Malaysia untuk bersaing di pasaran antarabangsa bergantung pada kemampuan Malaysia untuk mempertingkat produktiviti dalam semua sektor. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan ke arah mencapai matlamat tersebut.
Bincangkan penyataan di atas.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat langkah yang diamnbil oleh kerajaan untuk mempertingkat produktiviti.


Isi-isi
► penerapan teknologi yang terkini
► penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan teknologi termoden
► latihan kepakaran untuk tenaga kerja
► pengaplikasian teknologi maklumat dalam perancangan dan reka bentuk

SOALAN 13

Udara di bandar-bandar besar semakin tercemar oleh bahan-bahan pencemar seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, dan oksida daripada nitrogen serta hidrokarbon yang selalunya dikeluarkan oleh kilang-kilang dan kenderaan bermotor.
Bincangkan langkah-langkah untuk menangani masalah pencemaran udara di bandar-bandar besar.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat langkah untuk menangani masalah pencemaran udara di bandar-bandar besar.


Isi-isi
► mengawal kilang-kilang perindustrian atau memindahkan kilang-kilang perindustrian ke kawasan luar bandar
► memperkenalkan sistem pengangkutan moden seperti LRT dan monorel
► menghijaukan kawasan di sekitar bandar
► bahan tenaga dialih daripada petroleum kepada biojisim/biogas/gas asli

SOALAN 14

Peranan ahli-ahli teknologi makanan ialah menghasilkan makanan yang berkhasiat demi kesihatan manusia. Namun demikian, peranan ahli-ahli teknologi makanan kini seolah-olah telah berubah kepada penghasilan makanan untuk tujuan perniagaaan semata-mata dan hal ini mendatangkan pelbagai kesan.
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan dua sumbangan ahli-ahli teknologi makanan dan dua kesan daripada penyimpangan peranan mereka.

Isi-isi
Sumbangan ahli teknologi makanan
► menghasilkan makanan berkhasiat seperti susu formula untuk tumbesaran normal seseorang dan mengatasi masalah kebuluran
► menghasilkan makanan suplemen seperti vitamin dan ramuan herba yang dapat menjamin kesihatan manusia serta makanan khas untuk pesakit

Kesan daripada penyimpangan peranan
► makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan
► menjejaskan kesihatan manusia seperti makanan untuk melangsingkan badan


SOALAN 15

Sungguhpun penciptaan satelit komunikasi mempunyai keistimewaan dan kebaikan yang tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia.
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan dua kebaikan satelit komunikasi dan dua keburukan satelit komunikasi.


Isi-isi
Kebaikan satelit komunikasi
► memajukan komunikasi antarabangsa
► memudahkan pengaliran maklumat dan ilmu pengetahuan

Keburukan satelit komunikasi
► pencemaran dan penjajahan budaya
► berlaku pengintipan dan jenayah teknologi maklumat

Tuesday, September 16, 2008

KURSUS BARU?

USM tawar kursus baru

Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menawarkan Ijazah Lanjutan Pentadbiran Perniagaan bertaraf eksekutif (eMBA) dalam bidang Sains Khidmat, Pentadbiran dan Kejuruteraan (SSME).
Langkah itu merupakan salah satu kaedah dalam memperkasakan lagi USM sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini yang memegang status Apex dan dalam usahanya untuk bersaing dengan IPT luar negara.

Naib Canselornya, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, kursus yang dibuka pada semester akan datang oleh Pusat Pengajian Pengurusan itu akan ditawarkan untuk separuh masa.
''Ia akan diadakan secara modular pada hujung minggu bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang,'' katanya menjawab pertanyaan pihak akhbar.

Kursus ini akan dibuka kepada lepasan diploma dengan pengalaman kerja dalam pengurusan selama 10 tahun dan ijazah dengan pengalaman kerja dalam pengurusan selama lima tahun dengan gred akumulatif 2.75,'' katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan IBM.

Jelasnya, tawaran kursus baru itu adalah hasil kerjasama langsung dengan syarikat berasaskan teknologi maklumat dan komputer terkenal, IBM International (IBMI).

''Permintaan yang tinggi dalam sektor perkhidmatan dan pasaran ekonomi semasa Malaysia memerlukan IPT menyediakan seorang pekerja yang mempunyai pakej lengkap untuk bersaing.
''Oleh itu, USM telah menandatangani memorandum dengan IBMI kerana syarikat ini mempunyai pengalaman yang amat luas dan berkaliber dalam membantu kita mendidik pelajar,'' katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani MoU dengan IBMI.

Sementara itu, Shian Waei berkata, penglibatan mereka dalam kerjasama itu selaras dengan hasrat syarikat tersebut melahirkan individu yang kompetitif dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.

''Untuk kekal kompetitif, kita perlu melatih kepakaran baru, menggunakan cara baru dan mampu mengakses sumber di peringkat global.
''Oleh itu, kita bersedia untuk menghadapi cabaran ini terutama dengan industri perkhidmatan yang semakin penting sekarang."

SUKATAN PELAJARAN PENGAJIAN AM KERTAS 2

SUKATAN PELAJARAN TAHUN 2008
PENGAJIAN AM KERTAS 2


BAHAGIAN A(25 MARKAH)

Karangan Disiplin Sastera

-Panjang karangan antara 250 hingga 300 patah perkataan.

-Isu-isu tentang sukan, pelancongan,ekonomi, seni, sosial, dasar-dasar kerajaan, pendidikan, isu-isu antara bangsa dan bahasa.


BAHAGIAN B(25 MARKAH)

Karangan Disiplin Sains

-Panjang karangan antara 250 hingga 300 patah perkataan.

-Isu-isu tentang perubatan, penyakit, kesihatan, sains dan teknologi, komunikasi, pertanian, alm sekitar, pendidikan dan tenaga.


BAHAGIAN C(20 MARKAH)

Kefahaman dan Ulasan Teks.

Terapat 2 disiplin iaitu disiplin sastera dan sains.

Bahagian (i) berbentuk pemahaman. Satu atau dua ayat lengkap.

Bahagian (ii) berbentuk ulasan yang perlu dijawab sebanyak 50 patah perkataan.


BAHGIAN D(15 MARKAH)

Mengalih Bentuk Teks Linear Kepada Bukan Linear.

Membina jadual, graf bar, graf garis dan carta pai.


BAHAGIAN E(15 MARKAH)

Mengalih Bentuk Teks Bukan Linear Kepada Linear.

1. Jadual

-Penjelasan tentang pola perubahan antara tahun, pola perbandingan antara tahun, pola perubahan jumlah keseluruhan antara tahun.

2. Carta Alir

-Tumpuan kepada arah aliran pergerakan anak panah.
-Jika berbentuk sistem, huraian mengikut urutan
-Jika berbentuk faktor, langkah atau kesan, huraian tanpa perlu ikut urutan.