Wednesday, October 22, 2008

KESAN PENDATANG ASING TERHADAP NEGARA


Kerajaan menganggarkan sejumlah RM18.1 bilion akan dikirim oleh para pekerja asing ke negara masing-masing sepanjang tahun ini.
“Sehingga 31 Julai 2008, jumlah pekerja asing adalah seramai 2.1 juta orang dan secara puratanya setiap pekerja asing telah menghantar pulang sebanyak RM720 sebulan.
Kedudukan rizab negara yang kukuh bagaimanapun, dapat menampung jumlah kiriman wang ini yang hanya merupakan 4.7 peratus daripada jumlah rizab semasa.
Setiap kenaikan satu peratus jumlah pekerja asing di negara ini akan menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 0.19 peratus.
Kerajaan mesti sentiasa memantau aliran wang ke luar negara oleh pekerja asing melalui institusi kewangan yang menyediakan perkhidmatan pengiriman wang.
Kerajaan juga mesti melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini, antaranya dengan memperkenalkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam sektor pembinaan.
Kerajaan telah menetapkan sasaran pengurangan jumlah pekerja asing seramai 400,000 orang setahun mulai tahun 2008 hingga 2010 dengan tumpuan diberikan kepada sektor perladangan dan pembuatan.
Dalam perkembangan yang sama, Kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan levi ke atas kiriman wang pekerja asing kerana sumbangan tenaga oleh kumpulan itu mengembangkan aktiviti ekonomi negara.



No comments: