Wednesday, September 17, 2008

SOALAN DISIPLIN SASTERA-KARANGAN

SOALAN 1

ASEAN telah mencapai kejayaan yang banyak dan kini menjadi semakin berpengaruh bukan sahaja di rantau Asia tetapi juga di arena antarabangsa. Namun demikian, masih terdapat kelemahan dalam kerjasama antara negara anggota ASEAN.
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Anda hendaklah menghuraikan dua kejayaan ASEAN dan dua kelemahan ASEAN.


Isi-isi
Kejayaan ASEAN
► kerjasama ekonomi yang menguntungkan semua pihak; projek perindustrian bersama, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), Konsep Segitiga Pertumbuhan
► kerjasama sosiobudaya; kawalan penyakit SARS dan selesema burung, membanteras pengedaran dadah dan keganasan antabangasa

Kelemahan ASEAN
► pendirian politik antarabangsa yang tidak sama, misalnya Filipina dan Singapura memihak kepada Amerika Syarikat dengan memberikan kemudahan pangkalan kepada tentera Amerika Syarikat
► negara-negara anggota mengutamakan kepentingan domestik daripada kepentingan bersama; mewujudkan persaingan sengit dalam ekonomi

SOALAN 2

Sejak dahulu lagi, filem-filem Melayu bertumpu pada isu, persoalan, dan watak Melayu sahaja. Oleh sebab itu, filem-filem Melayu kurang mendapat sambutan daripada penonton bukan Melayu.
Bincangkan kepentingan filem-filem Melayu harus memaparkan masyarakat majmuk di Malaysia serta halangan yang akan dihadapi.

Kehendak Soalan
Anda hendaklah menghuraikan dua kepentingan pemaparan masyarakat majmuk dalam filem-filem Melayu dan dua halangan yang akan dihadapi.


Isi-isi
Kepentingan filem Melayu memaparkan masyarakat majmuk
► mencerminkan keadaan sosial budaya Malaysia yang sebenarnya
► memupuk satu semangat kekitaan

Halangan yang akan dihadapi
► bantahan kaum tertentu jika watak protagonis terdiri daripada kaum tertentu sahaja
► pemaparan imej negatif kaum tertentu mungkin dijadikan isu politik atau perkauman

SOALAN 3

Di negara-negara membangun, kedudukan kaum wanita dalam masyarakat amat rendah dan mereka dinafikan hak-hak mereka. Kaum wanita masih dikongkong oleh adat lama dan pelbagai kekangan yang lain.
Bincangkan penyataan ini.


Kehendak Soalan
Anda hendaklah menghuraikan adat lama yang mengongkong kaum wanita di negara-negara membangun dan tiga kekangan yang lain


Isi-isi
► adat lama menyebabkan mereka menjadi isteri yang patuh kepada suami secara membuta tuli
► kemunduran negara menafikan peluang pendidikan kepada wanita
► diskriminasi terhadap kebolehan dan keupayaan wanita masih menebal
► ketiadaan perlindungan undang-undang atau jika adapun, undang-undang itu tidak dapat dilaksanakan

SOALAN 4

Golongan orang kurang upaya (OKU) memang memerlukan bantuan daripada kerajaan dan masyarakat. Akan tetapi, bantuan kewangan sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan golongan orang kurang upaya (OKU).
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Anda hendaklah menghuraikan empat jenis bantuan yang patut dihulurkan kepada golongan orang kurang upaya (OKU).


Isi-isi
► kerajaan dan sektor swasta perlu memberikan kemudahan istimewa kepada golongan OKU; tambang konsesi dalam pengangkutan awam dan pengecualian bayaran rawatan di hospital kerajaan
► golongan OKU mesti diberikan bimbingan dan latihan yang sesuai; pendidikan khas, bahan bacaan dalam Braille
► kerajaan mewajibkan pengambilan golongan OKU sebagai pekerja bagi agensi kerajaan dan sektor swasta; menetapkan kuota yang harus dipenuhi
► pelepasan cukai pendapatan bagi golongan OKU yang bekerja; dapat meringankan bebanan OKU dan juga ahli keluarga mereka

SOALAN 5.

Menjelang tahun 2020, populasi warga emas melebihi usia 60 tahun di negara ini dijangka akan meningkat sebanyak 11%. Warga emas sememangnya penting kepada negara namun timbul juga pelbagai masalah.
Bincangkan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan dua kepentingan warga emas dan dua masalah yang bakal timbul akibat peningkatan populasi warga emas.


Isi-isi
Kepentingan warga emas
► pengalaman dan pandangan warga emas penting kepada pembangunan negara
► warga emas sihat dan masih dapat melakukan kerja dan berbakti kepada negara

Masalah yang bakal timbul akibat peningkatan populasi warga emas
► kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk menyediakan kemudahan rumah kebajikan dan perubatan
► masalah perbezaan pandangan dan sikap dengan generasi muda

SOALAN 6.

Kementerian Pelajaran mewajibkan setiap pelajar menyertai aktiviti kokurikulum wajib tetapi sambutan pelajar terhadap aktiviti kokurikulum amat tidak menggalakkan.
Bincangkan langkah yang sesuai untuk meningkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.


Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan langkah-langkah yang sesuai untuk meningkatkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum.


Isi-isi
► memasukkan aktiviti kokurikulum sebagai subjek dalam peperiksaan; wajib lulus oleh pelajar; pelajar terpaksa menyertainya
► mempelbagaikan aktiviti kokurikulum dan menjadikannya lebih seronok; memperkenalkan aktiviti yang lebih mencabar dan memikat seperti kapal layar, mendaki gunung, luncur angin, dan selam scuba
► menyediakan insentif seperti biasiswa dan memudahkan kemasukan ke universiti kepada golongan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum
►melibatkan ibu bapa dalam aktiviti kokurikulum seperti aktiviti pengembaraan dan perkhemahan

1 comment:

winie said...

salam..

cikgu wan, minta izin copy bahan dalam blog cikgu utk tujuan p&p..halalkan yer..trm kash...

winie, sik, kedah