Thursday, June 3, 2010

SOALAN MUSIM CUTI PERTENGAHAN TAHUN

SILA SIAPKAN ESEI LENGKAP DAN HANTAR PADA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BULAN JUN2010. (SEMUA PELAJAR PRA-U SMKPC1)

1. Kes-kes pembuangan bayi masih lagi dilaporkan berlarutan di negara ini. Huraikan punca-punca berlakunya perbuatan tersebut dan cadangkan langkah-langkah untuk menanganinya.

Sunday, April 25, 2010

1Malaysia

Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didasarkan kepada dua teras utama.

Teras yang pertama adalah konsep penerimaan berbanding dengan toleransi terhadap tiga perkara pokok iaitu perbezaan bangsa, keadilan sosial dan prinsip kenegaraan berlandaskan prinsip Perlembagaan dan Rukun Negara.

Teras yang kedua pula adalah asimilasi prinsip perpaduan dan nilai aspirasi.

1Malaysia merupakan gagasan yang tidak jauh beza dengan apa yang telah lama diamalkan oleh kerajaan sejak merdeka. Bezanya adalah cara perlaksanaanya yang disesuaikan dengan masa. 1Malaysia menyeru seluruh rakyat menerima hakikat bahawa keadilan dalam segenap aspek mesti dipanjangkan kepada kaum yang memerlukan dan sebaliknya. Ia adalah bertunjangkan kepada batu asas keadilan yang tidak semestinya bermutlakkan sama rata dan sama rasa.

1Malaysia, dengan kata lain, menyeru bahawa segenap rakyat tidak taksub dengan konsep toleransi dan kesamarataan semata tanpa memikirkan kesan dan sebab buruk yang mungkin terhasil daripadanya. Secara tidak langsung menganjurkan bahawa rakyat Malaysia bersatu dan berpadu di bawah fabrik sosial yang sedia wujud, menerima perbezaan seadanya dan mula bergerak ke hadapan untuk membina kekuatan daripada kelemahan yang ada.

1Malaysia mempunyai persamaan dengan apa yang pernah diamalkan oleh Kerajaan Islam Umayyad ketika mereka memerintah Sepanyol. Konsep perpaduan itu dikenali sebagai La Convivencia. Selama 781 tahun (711 - 1492), penduduk berbilang kaum dan agama di bawah pemerintahan Dinasti Umayyad di Andalusia, Sepanyol hidup aman, tenteram dan saling bergantungan antara satu sama lain. Hasilnya, gabungan tiga komuniti terbesar iaitu Islam, Yahudi dan Kristian telah memainkan peranan penting dalam melonjakkan nama Andalusia sebagai salah satu kota dan tamadun agung yang melahirkan ramai ilmuwan dan pakar dalam pelbagai bidang pendidikan, teknologi kejuruteraan dan perubatan.

Di samping itu, tempat-tempat ibadat seperti masjid, gereja dan synagogue dibina bersebelahan antara satu sama lain di sebalik perbezaan ketara dari segi bahasa, budaya dan agama.
Namun, masjid mempunyai menara yang paling tinggi kerana keperluan untuk melaungkan azan dan ini diterima dengan baik oleh penganut agama lain.

Negara ini menyediakan contoh terbaik yang memperlihatkan apakah yang boleh terjadi kepada sebuah negara di mana kegagalan memahami peri pentingnya konsep penerimaan, konsep toleransi dan kepentingan sejarah pasti akan berakhir dengan tragedi penuh darah, api, bom dan peluru.

1Malaysia adalah seruan mulia agar rakyat tetap menyokong penuh tonggak konsep batu asas kenegaraan Malaysia yang telah terbukti berjaya membentuk kehidupan aman damai yang dinikmati rakyat sejak lebih 52 tahun lalu.

Saturday, April 10, 2010

Monday, March 8, 2010

Soalan Ujian Bulan Mac 2010

BAHAGIAN A-ESEI DISIPLIN SASTERA

1. Jumlah jenayah komersial di Malaysia mengalami peningkatan yang ketara dan faktor utama bagi jenayah ini ialah sifat haloba manusia. Bincangkan penyataan di atas.I

si-isi
„ kehalobaan orang yang memiliki kuasa tertentu; ingin mendapatkan kekayaan secara tidak sah
„ kelonggaran dalam penguatkuasaan undang-undang; orang yang melakukan jenayah komersial dapat melepaskan diri daripada tindakan
„ masalah kegawatan ekonomi; menyebabkan seseorang menghadapi masalah kewangan; melakukan jenayah komersial untuk mendapatkan wang
„ kekurangan penyeliaan dalam transaksi kewangan dan pindahan wang


BAHAGIAN B-ESEI DISIPLIN SAINS


2. Ubat-ubatan bukan sahaja dapat dibeli dari kedai ubat dan farmasi tetapi juga dapat dibeli daripada penjual ubat di kaki lima. Penjualan ubat-ubatan secara tidak terkawal itu mendatangkan implikasi yang pelbagai.
Bincangkan penyataan di atas.

Isi-isi
► wujudnya ubat palsu; pengambilan ubat palsu dapat mencetuskan penyakit ataupun mengakibatkan maut
► pengambilan ubat tanpa nasihat doktor; boleh mendatangkan kesan sampingan
► pengambilan ubat yang tidak sesuai; boleh menjejaskan kesihatan
► penyalahgunaan ubat, misalnya ubat batuk mengandungi kodena yang boleh dugunakan sebagai ubat khayalan jika dimakan berlebihan


BAHAGIAN C-KEFAHAMAN DAN ULASAN TEKS

SOALAN 3(Disiplin Sastera)

“Tidak mustahil untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. Kita perlu mengubah pemikiran dalam menilai kecemerlangan ilmu kerana konsep ini perlu dilihat dalam perspektif yang luas. Di negara Barat, peluang penyelidikan sangat luas dan budaya meneroka ilmu telah berkembang dengan pesat. Faktor ini menyebabkan orang ramai lebih suka belajar di negara-negara barat.”

i. Pada pendapat anda mengapakah orang ramai gemar belajar di negara-negara barat?
ii. Dengan mengunakan tidak lebih 50 patah perkataan, bagaimanakah cara menarik minat pelajar asing belajar di Malaysia?


SOALAN 4(Disiplin Sains)

“Penyakit kanser atau barah merupakan penyakit kronik yang sukar diubati. Berdasarkan kajian penyakit ini boleh diwarisi secara genetik. Faktor amalan hidup memainkan peranan penting seseorang mendapat penyakit kanser walaupun kajian perubatan membuktikan punca pemakanan lebih tinggi berbanding faktor keturunan.”

i. Berdasarkan petikan di atas, apakah punca penyakit kanser?
ii. Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan amalan hidup sihat untuk mengurangkan risiko penyakit kanser.

Sunday, March 7, 2010

Perasaan marah salah satu punca penderaan

PERASAAN marah adalah salah satu punca yang mendorongkan seseorang itu melakukan penderaan kepada kanak-kanak dan hinggakan menyebabkan kematian. Marah yang tidak dapat dibendung menyebabkan tindakan-tindakan ganas yang di luar batas-batas kemanusiaan dilakukan.

Bagaimana seseorang didorongkan melakukan tindakan penderaan adalah subjektif. Ada yang mendapat inspirasi setelah menonton filem-filem ganas. Menonton filem-filem ganas ini meresap masuk secara senyap ke dalam diri yang menghakiskan sikap luhur dalam diri. Kecelaruan yang dihadapi oleh seseorang pendera juga mendorongkannya mengambil tindakan yang melulu. Punca-punca persekitaran yang dialami membantunya membentuk tabiatnya menjadi seorang pendera.

Penderaan yang bertunas itu membesar menjadi penderaan fizikal. Tunas-tunas yang tumbuh di peringkat awal penderaan itu perlu dicantas segera dan jangan membiarkannya menular ke dalam keluarga atau masyarakat. Usaha mencantaskannya, mestilah kembali kepada sifat-sifat luhur dalam diri seseorang insan. Sifat-sifat marah kepada kanak-kanak yang tidak berdosa itu perlulah dimurnikan dengan perasaan kasih sayang.

Kembali muhasabah diri dan mendekati diri kepada agama supaya dapat dibentuk sifat-sifat luhur dalam diri. Semua agama menyalurkan persepsi kebaikan hati kepada pengamalnya.
Perasaan kasih sayang boleh dididik dan ia memerlukan banyak kesabaran dalam menangani masalah yang kita hadapi.

Menanamkan perasaan kasih sayang itu tidak ada apa yang rugi malah membawa kebaikan kepada diri anda. Lihatlah sendiri, anak- anak gadis kita yang melarikan diri bersama jejaka dari Lombok, kalau bukan kerana didorongkan dengan perasaan kasih sayang atau cinta.
Janganlah nanti jejaka tempatan mendatangkan rasa kebimbangan kepada anak gadis disebabkan sikap suka mendera, terutamanya apabila gagal mengawal kemarahan sendiri berpunca daripada perkara-perkara yang remeh ataupun melatah sewaktu ditimpa tekanan dalam kehidupan.

Tuesday, March 2, 2010

Keputusan STPM

Kelulusan STPM tahun 2009 menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan iaitu meningkat ke paras 98.5%. Pencapaian ini adalah yang terbaik yang pernah dicapai hingga kini. Pencapaian ini dibantu oleh peningkatan kelulusan Pengajian Am. Faktor utama pencapaian ini adalah kerana Blog Pengajian Am ini banyak membantu calon-calon untuk menjawab. Sehubungan dengan itu, kami harap semua calon-calon STPM tahun 2010 teruskan menerokai blog ini.

Monday, March 1, 2010

Mengawal Stress

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian. Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.

Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik. Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat. Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan. Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Di bawah terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.

l.Senyum. Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.
2.Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
3.Bertenang. Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.
4.Peluk sesuatu. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
5.Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.
6.Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.
7.Allah. Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.
8.Ceria. Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.

Tuesday, January 26, 2010

Punca-Punca nahas kemalangan...


Kemalangan bas sering berlaku dalam negara.
Punca utama ialah sikap pemandu yang masih berdegil terhadap pematuhan peraturan jalan raya.
Penguatkuasaan yang lemah oleh pihak berkuasa juga menjadi punca kemalangan jalan raya. Setelah berlaku kemalangan yang meragut nyawa yang besar barulah mereka mula nak bertindak.
Banyak lagi punca lain yang menyebabkan berlakunya kemalangan.
Fikir-fikirkan...

Saturday, January 23, 2010

Kemajuan dalam bidang angkasa

Angkasawan kini boleh melayari internet dari angkasa lepas. Ini terbukti semalam apabila mereka berjaya menghantar pesanan ke laman web sosial, Twitter dari atas langit.
Kejayaan itu dilakukan oleh seorang angkasawan, Timothy Creamer yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sejak bulan lalu bagi mewujudkan rangkaian internet dari angkasa lepas dengan dibantu oleh seorang pengendali pesawat.

Sebelum ini, angkasawan terpaksa menghantar ulasan Twitter melalui e-mel kepada Menara awalan di Houston sebelum ia dimasukkan ke dalam laman web rangkaian sosial itu.
Krew ISS kini boleh menggunakan komputer riba untuk melayari internet yang hanya boleh dibuat apabila terdapat perhubungan komunikasi berkelajuan tinggi.

Sementara itu, Creamer yang dalam misi selama lima bulan ke angkasa lepas, kini sudah berada di ISS selama sebulan dan sedang berkongsi stesyen bersama angkasawan dari Jepun dan Russia

Tuesday, January 19, 2010

Kegagalan Mengawal Perokok Di Kawasan Larangan

SEKURANG-KURANGNYA 20 kawasan telah diwartakan sebagai tempat larangan merokok di negara ini tetapi para perokok seolah-olah mendapat ‘kebebasan’ melanggar peraturan itu.

Di beberapa kawasan hospital dan pusat perubatan masih kelihatan petugas dan orang awam menghisap rokok.

Kegagalan pelbagai kempen kerajaan termasuk Klinik Berhenti Merokok dikaitkan dengan ‘kedegilan’ atau kurangnya kesedaran para perokok terhadap bahaya menghisap rokok.

Kelemahan kuatkuasa undang-undang menjadi punca masalah ini.

Saturday, November 14, 2009

PROGRAM GOLDEN HOLIDAY-TUGASAN UNTUK SEMUA PELAJAR 6R2 MASA CUTI

ARAHAN: JAWAB SEMUA SOALAN
BUAT ESEI YANG LENGKAP
HANTAR TUGASAN PADA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN TAHUN 2010.


SOALAN 1-DISIPLIN SASTERA
Gejala merokok dalam kalangan remaja masa kini semakin berleluasa dirangsang oleh pengaruh media massa dan pengaruh-pengaruh lain. Jelaskan penyataan di atas.

SOALAN 2-DISIPLIN SAINS
Penggunaan satelit dapat menjana perkembangan teknologi telekomunikasi dan meningkatkan tahap kemajuan sektor-sektor lain di Malaysia. Jelaskan penyataan ini.

Wednesday, October 21, 2009

Bahagian A

No.25
Kenaikan harga barang menjadi masalah yang sukar dikawal terutama sekali setiap musim perayaan. Jelaskan penyataan ini.

Isi:
1.Kekurangan kakitangan penguatkuasaan
2.Sikap peniaga
3.permintaan yang bertambah
4.sikap pengguna
5.pengaruh iklan

No.26
Pengaruh rancangan hiburan seperti realiti TV merupakan antara punca yang meyebabkan gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Walau bangaimanapun masalah ini juga dirangsang oleh masalah dalam institusi kekeluargaan. Jelaskan.

1 + 3
Isi:
A
Idea wajib- Pengaruh rancangan realiti TV
B-Masalah keluarga
1.Kemiskinan
2.perceraian
3.sikap ibu bapa
4.tahap pendidikan dalam keluarga

No.27
Perubahan sistem kehidupan dalam kalangan masyarakat Malaysia masa kini telah menyebabkan semakin menebalnya sikap individualistik. Keadaan ini boleh mengancam keharmonian negara. Bincangkan.

2A + 2B
Isi:
A-Punca
1.Sikap materialistik
2.Perkembangan teknologi
3.sistem petempatan
4.kesibukan
B-Kesan
1.wujud masalah perkauman
2.semangat kejiranan terhakis
3.meningkat gejala sosial
4.imej negara terjejas.


Bahagian B
No.5
Penggunaan satelit dapat menjana perkembangan teknologi telekomunikasi dan meningkatkan tahap kemajuan sektor-sektor lain di Malaysia. Jelaskan penyataan ini.

A.Menjana telekomunikasi;
1.rangkaian komunikasi global
2.kepelbagaian alat telekomunikasi
3.p & P dalam komunikasi

B.Kemajuan dalam sektor lain;
1.Pendidikan
2.perubatan
3.ramalan cuaca
4.pertahanan dan keselamatan
5.pengurusan

2A + 2B

No.6
Kemajuan sistem penyampaian maklumat banyak membantu kehidupan manusia walaupun dari sudut lain sistem ini juga boleh mengancam keharmonian kehidupan mereka sendiri. Bincangkan penyataan ini.

A.Kebaikan;
1.Pengurusan
2.Keselamatan
3.Perubatan
4.P & P

B.Ancaman;
1.Jenayah maya
2.kesihatan
3.kebergantungan kepada teknologi

2A + 2B


No.4
Perkembangan positif dalam teknologi kejuruteran berjaya memesatkan proses pembangunan negara dalam pelbagai bidang. Huraikan.

Skema;
1.P & P
2.Pertanian
3.Aeroangkasa
4.Telekomunikasi
5.Petrokimia/tenaga
6.Pengangkutan
7.Industri

Nota: Pilih 4 idea di atas.


Bahagian C

PENGKOMPOSAN DALAM INDUSTRI SAWIT DAN PADI

“… Pengkomposan ditakrifkan sebagai suatu proses penguraian bahan organik dan sisa dalam suatu keadaan terkawal. Bahan yang berpotensi untuk dihuraikan secara biologikal ialah rumput, daun, kertas dan sisa makanan yang boleh dipecahkan dengan tindakan mikroorganisma aerobik untuk membentuk bahan urai yang lebih stabil….”

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Pengkomposan dalam Industri Sawit dan Padi”, oleh Abdul Rahman Mahmud, Dewan Kosmik, April 2009)


(i) Apakah yang dimaksudkan dengan pengkomposan?

Pengkomposan ialah proses menghancurkan bahan organik dan bahan buangan.

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kepentingan pengkomposan kepada negara.

Pengkomposan penting kepada negara kerana dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Bahan seperti rumput, daun dan kertas dapat diuraikan secara biologikal untuk menghasilkan baja organik dapat mengurangkan bahan buangan. Seterusnya pengkomposan membanu mengurangkan beban ekonomi negara. Kos yang tinggi untuk rawatan sisa cemar dapat diatasi kerana pengkomposan menggunakan teknologi yang mesra alam.

Isi Tambahan:
3.mengoptimumkan penggunaan sisa buangan.
4.elak pembaziran bahan proses.
ESEI LARAS SATERA

Rakyat Malaysia digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa,terutamanya kemahiran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Hasrat murni ini amat sukar untuk dicapai secara menyeluruh.
Bincangkan.

SKEMA JAWAPAN:

A-KEPENTINGAN

1. Dapat menguasai kemahiran teknologi terkini
2. Sebagai bahasa perhubungan antarabangsa
3. Peluang pekerjaan
4. Saluran untuk meluaskan pengetahuan

B-MASALAH

1. Kekurangan tenaga pakar
2. Sikap masyarakat terutama di luar Bandar
3. Kekurangan prasarana/alat Bantu
4. Budaya/persekitaran

Nota: 2A+2B

Belakangan ini peningkatan kes ragut yang dilaporkan oleh media massa arus perdana amat membimbangkan.Perkembangan ini mendesak pelbagai jalan penyelesaian diambil secara bijaksana.
Jelaskan pernyataan ini.

SKEMA JAWAPAN:

A-FAKTOR
1. Masalah ekonomi
2. Ajaran Agama/moral lemah
3. Persekitaran negatif
4. Media massa
5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
6. Pengaruh dadah

B-USAHA
1. Kuatkuasa undang-undang
2. Didikan Agama/moral
3. Kerjasama semua pihak
4. Kempen anti jenayah ragut
5. Teknologi CCTV

Nota: 2A+2B

Institusi keluarga seringkali disalahkan apabila kes jenayah yang melibatkan remaja bawah umur berlaku.Hakikatnya banyak lagi factor yang menyumbang kepada jenayah tersebut.
Bincangkan.

SKEMA JAWAPAN

A-IDEA WAJIB
1. Institusi kekeluargaan

B-FAKTOR LAIN
1. Sikap masyarakat
2. Rakan sebaya
3. Media massa
4. Pengaruh dadah

Nota: 1A+3B


ESEI LARAS SAINS

Penggunaan teknologi robotik yang semakin meluas dalam kehidupan manusia terbukti mampu mengatasi pelbagai kelemahan manusia.
Jelaskan pengakuan ini.

SKEMA JAWAPAN:

1. Batas masa bekerja manusia
2. Gemuruh/gangguan emosi manusia
3. Risiko nyawa/kecederaan
4. Kesetiaan tenaga buruh manusia
5. Komunikasi manusia

Nota: Pilih mana-mana 4 idea di atas


Keberkesanan penggunaan teknologi ‘komunikasi’ kerap terganggu oleh serangan virus.
Bincangkan.

SKEMA JAWAPAN

1. Hilang/padam rekod maklumat/pengkalan data
2. Lumpuh sistem rangkaian komunikasi
3. gangguan/kegagalan sistem operasi
4. kerosakan computer/alat komunikasi
5. E-jenayah/penyalahgunaan teknologi

Nota: Pilih mana-mana 4 idea di atas



BAHAGIAN C

Dengan jumlah penduduk Islam di seluruh dunia yang mencecah 1.6 bilion orang,tidak ada sebab industri makanan hala tidak boleh berkembang maju.Ada laporan yang menyatakan produk makanan halal dunia bernilai RM 1.9 trilion setahun.Namun Malaysia sedang berdepan dengan masalah pemalsuan sijil halal, kurangnya penglibatan pengusaha bukan Islam dan mematuhi syarat pengeluaran produk makanan halal.
(Dipetik dan di ubahsuai daripada Dewan
Masyarakat,Mac 2009)

i- Apakah kebimbangan masyarakat Islam dunia terhadap produk makanan dijamin halal?
ii- Dengan menggunakan tidak lebih dari 50 patah perkataan,nyatakan bagaimanakah cara untuk menambah pengeluaran makanan halal.

SKEMA JAWAPAN:

i- Kebimbangan masyarakat Islam terhadap produk makanan agar dijamin halal ialah kegiatan pemalsuan sijil halal.
ii- Mengeluar/menambah francais produk makanan halal
-Memberi peluang kepada pengusaha bukan Islam menceburi industri makanan halal dengan syarat mematuhi langkah pengeluaran produk makanan halal
-Memudahkan/memperbanyakkan pengeluar sijil halal
- Mengurangkan karenah birokrasi dalam pengeluaran sijil halal

Bahagian A

No.25
Kenaikan harga barang menjadi masalah yang sukar dikawal terutama sekali setiap musim perayaan. Jelaskan penyataan ini.

Isi:
1.Kekurangan kakitangan penguatkuasaan
2.Sikap peniaga
3.permintaan yang bertambah
4.sikap pengguna
5.pengaruh iklan

No.26
Pengaruh rancangan hiburan seperti realiti TV merupakan antara punca yang meyebabkan gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Walau bangaimanapun masalah ini juga dirangsang oleh masalah dalam institusi kekeluargaan. Jelaskan.

1 + 3
Isi:
A
Idea wajib- Pengaruh rancangan realiti TV
B-Masalah keluarga
1.Kemiskinan
2.perceraian
3.sikap ibu bapa
4.tahap pendidikan dalam keluarga

No.27
Perubahan sistem kehidupan dalam kalangan masyarakat Malaysia masa kini telah menyebabkan semakin menebalnya sikap individualistik. Keadaan ini boleh mengancam keharmonian negara. Bincangkan.

2A + 2B
Isi:
A-Punca
1.Sikap materialistik
2.Perkembangan teknologi
3.sistem petempatan
4.kesibukan
B-Kesan
1.wujud masalah perkauman
2.semangat kejiranan terhakis
3.meningkat gejala sosial
4.imej negara terjejas.


Bahagian B
No.5
Penggunaan satelit dapat menjana perkembangan teknologi telekomunikasi dan meningkatkan tahap kemajuan sektor-sektor lain di Malaysia. Jelaskan penyataan ini.

A.Menjana telekomunikasi;
1.rangkaian komunikasi global
2.kepelbagaian alat telekomunikasi
3.p & P dalam komunikasi

B.Kemajuan dalam sektor lain;
1.Pendidikan
2.perubatan
3.ramalan cuaca
4.pertahanan dan keselamatan
5.pengurusan

2A + 2B

No.6
Kemajuan sistem penyampaian maklumat banyak membantu kehidupan manusia walaupun dari sudut lain sistem ini juga boleh mengancam keharmonian kehidupan mereka sendiri. Bincangkan penyataan ini.

A.Kebaikan;
1.Pengurusan
2.Keselamatan
3.Perubatan
4.P & P

B.Ancaman;
1.Jenayah maya
2.kesihatan
3.kebergantungan kepada teknologi

2A + 2B


No.4
Perkembangan positif dalam teknologi kejuruteran berjaya memesatkan proses pembangunan negara dalam pelbagai bidang. Huraikan.

Skema;
1.P & P
2.Pertanian
3.Aeroangkasa
4.Telekomunikasi
5.Petrokimia/tenaga
6.Pengangkutan
7.Industri

Nota: Pilih 4 idea di atas.


Bahagian C

PENGKOMPOSAN DALAM INDUSTRI SAWIT DAN PADI

“… Pengkomposan ditakrifkan sebagai suatu proses penguraian bahan organik dan sisa dalam suatu keadaan terkawal. Bahan yang berpotensi untuk dihuraikan secara biologikal ialah rumput, daun, kertas dan sisa makanan yang boleh dipecahkan dengan tindakan mikroorganisma aerobik untuk membentuk bahan urai yang lebih stabil….”

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Pengkomposan dalam Industri Sawit dan Padi”, oleh Abdul Rahman Mahmud, Dewan Kosmik, April 2009)


(i) Apakah yang dimaksudkan dengan pengkomposan?

Pengkomposan ialah proses menghancurkan bahan organik dan bahan buangan.

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kepentingan pengkomposan kepada negara.

Pengkomposan penting kepada negara kerana dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Bahan seperti rumput, daun dan kertas dapat diuraikan secara biologikal untuk menghasilkan baja organik dapat mengurangkan bahan buangan. Seterusnya pengkomposan membanu mengurangkan beban ekonomi negara. Kos yang tinggi untuk rawatan sisa cemar dapat diatasi kerana pengkomposan menggunakan teknologi yang mesra alam.

Isi Tambahan:
3.mengoptimumkan penggunaan sisa buangan.
4.elak pembaziran bahan proses.

Monday, October 12, 2009

Soalan Latihan...

Laras sastera:
1. Kadar upah yang tinggi dan pelbagai pengukuhan lain merupakan daya penarik kepada kemasukan pendatang asing ke Malaysia. Jelaskan penyataan ini.

A (Idea wajib)

1. Kadar upah yang tinggi

B Pengukuhan lain

1. politik yang stabil
2. Peluang kerja yang banyak
3. sikap majikan
4. Kerjasama penduduk tempatan

Nota : 1A + 3B

2. Gejala merokok dalam kalangan remaja masa kini semakin berleluasa diransang oleh pengaruh media massa dan pengaruh-pengaruh lain. Jelaskan penyataan di atas.

A (Idea wajib)

1. Pengaruh media masa

B. Pengaruh lain

1. Pengaruh rakan sebaya
2. Institusi keluarga
3. Iklan
4. Idola pujaan remaja

Nota : 1A + 3B


3. Pengguna jalan raya di Malaysia masa kini sering terdedah kepada risiko tindakan ganas samseng jalanan. Jelaskan penyataan ini.

Idea / kesan

1. Kemalangan jalan raya
2. Kerosakan kenderaan
3. Jenayah kecederaan
4. Kesesakan lalu lintas
5. Kecurian
6. Perang mulut / maki hamun dengan bahan kesat

Nota : Pilih 4 idea di atas

Laras sains :
4. Senaman merupakan antara langkah penjagaan tahap kesihatan seseorang. Selain itu umumnya memang maklum terdapat pelbagai alternatif ke arah cita-cita murni ini. Bincangkan.

A. (Idea wajib)

1. Bersenam

B. Langkah-langkah lain

1. pemakanan seimbang
2. Gaya hidup sihat
3. Pencegahan awal
4. Pemeriksaan kesihatan secara berkala

Nota : 1A + 3B

5. Bioteknologi yang menjadi asas kepada perkembangan teknologi genetik berupaya memajukan sektor pertanian negara. Huraikan penyataan ini.

Idea / Kebaikan

1. Benih baka baru (kepelbagaian spesies)
2. Daya tahan hasil pertanian
3. Perkembangan teknologi penyelidikan dan pembangunan
4. Tempoh matang singkat
5. Rawatan penyakit ternakan / tanaman

Nota : Mana-mana 4 idea di atas

SOALAN LARAS SASTERA

Soalan 6 (Perpaduan)
Pendidikan merupakan pendekatan yang berkesan untuk mencapai perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia. Bincangkan.
Skema : (4+0)
Pendekatan / Cara
1. Kesedaran kepentingan perpaduan
2. Pergaulan semasa belajar
3. Aktiviti kokurikulum
4. Adab / hormat menghormati / nilai murni
5. Jati diri
6. Hayati sejarah negara

· pilih mana-mana 4 idea


Soalan 7 (Sektor pertanian)
Kerajaan kita amat sedar akan kepentingan sektor pertanian dan selaras dengan itu telah memberikan penekanan terhadapnya secara menyeluruh. Bincangkan.
Skema Jawapan : (2A+2B)
A. Kepentingan sektor pertanian
1. Sumber makanan penduduk
2. Sumber hasil Negara
3. Peluang pekerjaan
4. Penggerak sektor hiliran
B. Langkah memajukan sektor pertanian
5. Pendidikan
6. Penggunaan teknologi moden
7. Sistem pemasaran
8. Prasarana


Soalan 8 (Pengangkutan awam)
Kesesakan lalu lintas terutama waktu puncak menyebabkan pengangkutan awam menjadi pilihan yang sesuai kepada warga kota. Bincangkan pernyataan ini.
Skema Jawapan : (4+0)
Keistimewaan
1. Kos tambang yang murah
2. Cepat / menjimatkan masa
3. Ekslusif / selesa
4. Kurang risiko kemalangan
5. Kapasiti muatan penumpang
6. Kemudahan khusus untuk Orang Kurang Upaya (OKU)


Soalan Laras Sains

Soalan 9 (Ekosistem / Maritim)
Seringkali kita terbaca berita tentang kemusnahan hidupan akuatik dalam kuantiti yang banyak. Aktiviti nelayan dikenal pasti sebagai punca utama kepada masalah ini. Jelaskan pernyataan di atas.
Skema Jawapan : (4+0)
Punca-punca
1. Penggunaan bahan tuba
2. Kejutan elektrik
3. Kemusnahan habitat
4. Alat tangkapan
5. Penggunaan bahan peledak atau bom


Soalan 10 (Biodiversiti)
Ancaman sumber biodiversiti di negara ini dikenal pasti disebabkan oleh kegiatan manusia yang pastinya merugikan mereka. Bincangkan.
Skema Jawapan :(4+0)
Punca-punca manusia
1. Pemusnahan hutan
2. Perancangan pembangunan yang tidak sistematik
3. Projek hidroelektrik
4. Aktiviti pencemaran alam serius
5. Sistem pelupusan sisa yang tidak cekap


Soalan 11 (Kekurangan sumber protein)
Ancaman sumber protein dari sumber akuatik di negara ini menjadi semakin serius. Oleh itu, pelbagai langlah patut diambil untuk menangani masalah ini. Bincangkan pernyataan ini.
Skema Jawapan ; (2A+2B)
A. Punca-punca
1. Pencemaran alam
2. Bencana alam
3. Pemusnahan habitat akuatik
B. Langkah-langkah
4. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
5. Akuakultur / sangkar akuatik
6. Tukun tiruan
7. Habitat akuatik
8. Rawatan pencemaran air


12. Menurut kajian kegiatan gengsterisme yang semakin menjadi-jadi dewasa ini dirangsang oleh factor sosioekonomi sesebuah negara. Jelaskan.

Skema
Faktor sosial
1. Ajaran agama/moral
2. Rakan sebaya
3. Media massa
4. Tekanan emosi

Faktor ekonomi
1. Pengangguran
2. kemiskinan
3. Jurang ekonomi

Nota : 2A + 2B

13. Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah disebabkan oleh kelemahan mereka sendiri. Bincangkan penyataan ini.

Skema
Faktor kelemahan siswazah sendiri
1. Sikap memilih pekerjaan
2. Kesilapan memilih bidang pengajian
3. Kurang keupayaan fizikal
4. Kekurangan penguasaan dan kemahiran bahasa Inggeris
5. Tidak yakin dengan budaya usahawan

Nota: Pilih 4 idea di atas

14. Tragedi 11 September sentiasa menjadi ingatan yang mengerikan penduduk di Amerika Syarikat bahkan seluruh penduduk dunia. Sehubungan dengan trgedi ini, ada pendapat yang melaporkan bahawa puncanya disebabkan oleh agenda tersembunyi.

Skema
Mengerikan
1. Kehilangan nyawa
2. Kerosakan harta benda
3. Kecacatan/kecederaan
4. Tekanan mental kanak-kanak

Agenda tersembunyi
1. Ketegangan agama / kaum
2. Penjajahan / keganasan terancang
3. Meraih sokongan politik
Nota : 2A + 2B

15. Rutin pemakanan dalam kalangan masyarakat pada hari ini merangsang pelbagai penyakit berbahaya. Huraikan

Skema
1. Pemakanan tidak seimbang
2. Kebersihan makanan
3. Penggunaan bahan kimia dalam makanan
4. Masa makan tidak menentu
5. Pemilihan makanan

Nota : Pilih 4 mana-mana idea di atas.

16. Penerokaan angkasa lepas telah meningkatkan pengetahuan manusia mengenai ruang angkasa. Jelaskan penyataan ini.

Skema
1. P&P
2. Pengetahuan perubahan cuaca
3. Mengembangkan teknologi satelit
4. Perkembangan bidang perubatan semasa
5. Teknologi kejuruteraan angkasa lepas

Nota: Pilih mana-mana 4 idea di atas

17. Mengikut laporan UNESCO sejak tahun 1970-an, bekalan air besih dunia didapati semakin berkurangan. Keadaan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada kehidupan sejagat. Bincangkan.

Skema
Punca
1. Pencemaran
2. Kekurangan sumber air semulajadi
3. Kepupusan hutan/bekalan air

Kesan
1. Jangkitan penyakit
2. Kepupusan flora & fauna
3. Ancaman habitat akutik

Nota: 2A + 2B


Bahagian C
“Penyakit mental adalah merupakan suatu penyakit yang boleh mempengaruhi keupayaan otak untuk mentafsir informasi yang diterima secara logik. Namun begitu, pengertian sebenar penyakit mental boleh disebut sebagai keadaan yang melibatkan pemikiran seseorang menjadi celaru dan menghadapi kesukaran untuk mentafsirkan mengenai sesuatu sama ada benar atau tidak”
(Dipetik daripada rencana “Penyakit Mental Kedua Tertinggi Menjelang 2020
Oleh Zarina Zainan Abidin & Azilawati Md Ghani
dalam Dewan K osmik, Mei 2009)

i. Apakah yang difahami dengan penyakit mental?
- Penyakit mental merupakan penyakit yang boleh mengganggu keupayaan otak untuk menjelaskan maklumat yang diperoleh dengan tepat

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan terangkan mengapakah penyakit mental boleh berlaku dalam kalangan masyarakat?

- tekanan hidup
- gangguan persekitaran
- penyakit
- penderaan emosi dan fizikal
- keturunan/baka

Thursday, October 8, 2009

Esei Bahagian A & B

BAHAGIAN A

NO.22. ORANG KURANG UPAYA (OKU)
SOALAN
Kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) masa kini mula diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan. Namun usaha ini masih jauh untuk mencapai objektif yang dicita-citakan. Jelaskan penyataan ini.
SKEMA
(2A+2B)
A Sebab-sebab
1 Aset tenaga kerja produktif
2 Menjamin kebajikan OKU
3 Membendung amalan diskriminasi
4 Merialisasikan konsep satu Malaysia
B Sebab gagal
1 Sikap OKU/keluarga
2 Sikap majikan /masyarakat
3 Kemudahan pendidikan
4 Kekurangan prasarana OKU


NO.23. SUKAN
SOALAN
Peruntukan dana kerajaan yang terancang dapat memartabatkan mutu sukan negara. Selain dana, kerajaan juga telah mengenalpasti pelbagai aspek yang berkaitan dengan kejayaan bidang ini. Jelaskan.
SKEMA
(1A +3B)
A (Idea wajib) Peruntukan kewangan
B Cara-cara lain
1 Ganjaran kepada ahli sukan

2 Bakat baru perlu dicungkil ketika kecil

3 Bilangan kepakaran jurulatih di tambah

4 Prasarana

5 Pendedahan kepada pertandingan peringkat antarabangsa

6 Pendekatan sains sukan


NO.24. KEPENGGUNAAN/PENGGUNA
SOALAN
Kebajikan pengguna secara umumnya bergantung kepada hala tuju perjuangan mereka. Walau bagaimanapun, tidak dapat disangkal bahawa nasib mereka juga bergantung kepada kepekaan pihak kerajaan yang sememangnya mengutamakan kesejahteraan semua golongan. Bincangkan.
SKEMA JAWAPAN
(2A + 2B)
A Peranan pengguna
1 Rancang perbelanjaan secara berhemah

2 Pengguna bijak/ tahu hala mereka

3 Muafakat pengguna

B Peranan pihak berkuasa
1 Kuatkuasa undang-undang

2 Pelbagaikan kempen pendidikan pengguna

3 Menggalakkan penghasilan sendiri makanan

4 Dasar cukai yng mesra pengguna



BAHAGIAN B

NO.7. PERNIAGAAN MAYA

SOALAN

Perniagaan maya merialisasikan urusan perniagaan ke peringkat global. Meskipun begitu perkembangan perniagaan ini tetap menghadapi pelbagai kesulitan. Bincangkan.

SKEMA
(2A +2B)

A. Kebaikan

1. Memudahkan urusan perniagaan
2. Melahirkan tenaga manusia yang mampu mencipta perisian perniagaan
3. Meningkatkan P & P
4. Merangsang perkembangan teknologi moden dalam sektor industri

B. Masalah

1. Kemahiran terhad
2. Prasarana terhad/terganggu
3. Penyalahgunaan teknologi moden



NO.8. GAYA HIDUP DIGITAL

SOALAN

Semua aspek rutin kehidupan seharian masyarakat pada zaman ledakan teknologi kini dipengaruhi oleh teknologi digital. Jelaskan penyataan ini.

SKEMA
(4A)

Teknologi digital dalam:

1. Perniagaan/kewangan
2. Telekomunikasi
3. Perubatan
4. Pendidikan
5. Keselamatan/jenayah
6. Rekacipta/ P & P



NO.9. AGROTEKNOLOGI

SOALAN

Perkembangan positif bidang agroteknologi merangsang peningkatan bekalan sumber makanan kepada manusia sejagat. Selain itu, Perkembangan ini juga mendatangkan banyak manfaat kepada kehidupan manusia.
Huraikan penyataan di atas.

SKEMA
(1A + 3B)

A. Menyediakan bekalan sumber makanan (Idea wajib)

B. Manfaat lain

1. Meningkatkan P & P
2. Mesra alam
3. Atasi kepupusan sumber
4. Perkembangan teknologi pertanian moden

Bahagian A,B & C

BAHAGIAN A

SOALAN 13

Agenda melahirkan modal insane yang cemerlang merupakan suatu tuntutan bagi sesebuah negara. Walau bagaimanapun ke arah merealisasikan hasrat ini banyak halangan yang terpaksa dihadapi. Bincangkan pernyataan di atas?

SKEMA
2A + 2B



A. Kepentingan modal insan cemerlang

1. Aset tenaga kerja
2. Ketahanan jati diri
3. Mutu / gaya kepimpinan unggul
4. Usahawan kreatif

B. Halangan

1. Kepakaran
2. Prasarana
3. Sikap


Soalan 14

Masalah kemiskinan masih tidak dapat diatasi walaupun negara kita telah merdeka selama 52 tahun. Pendekatan yang lebih berkesan wajar dilakukan agar keadaan tidak terus menghimpit rakyat. Bincangkan.

SKEMA

2A + 2B

A. Punca kemiskinan masih berlaku

1. Pendidikan terhad
2. Sikap
3. Orang tengah
4. Kenaikan harga atau kos sara hidup

B. Langkah

1. Pendidikan
2. Pertumbuhan ekonomi
3. Subsidi


Soalan 15

Malaysia merupakan sebuah negara yang berpotensi sebagai pengeluar makanan halal. Bincangkan

SKEMA

4A

Potensi pengeluar makanan halal

1. Usahawan Islam yang ramai
2. Saiz pasaran yang luas
3. Kemahiran teknologi
4. Galakan kerajaan
5. Agensi kawalan sijil halal
6. Pengaruh Pengerusi OIC

BAHAGIAN B

Soalan 16

Pelancongan Kesihatan di Malaysia berpotensi tinggi untuk menjadi penjana ekonomi negara, Jelaskan pernyataan ini.

SKEMA

4A

Kepakaran tenaga buruh
Rangkaian komunikasi global
P & P
Kepelbagaian sumber perubatan
Kepelbagaian perkhidmatan perubatan


Soalan 17

Perkembangan industri maya menambahkan keberkesanan sistem pemasaran sesuatu produk pada era kini. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan perkembangan industri maya kini telah membawa implikasi buruk kepada masyarakat. Jelaskan.

SKEMA

2A + 2B

A. Kebaikan/Keberkesanan

1. Pengurusan perniagaan yang sistematik
2. Pengiklanan
3. Operasi 24 jam

B. Implikasi kepada masyarakat

1. Kesihatan
2. Jenayah maya
3. Kebergantungan kepada teknologi



Soalan 18

Pembedahan plastik semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat terutama olongan selebriti. Walaupun keghairahan boleh mendatangkan kesan negaatif dalam jangkamasa panjang. Bincangkan.

SKEMA

2A + 2B

A. Dapat sambutan

1. Nilai tambah kecantikan
2. Awet muda
3. Rawatan kecacatan
4. Kesan Psikologi

B. Kesan Negatif

1. Kesihatan
2. Kesan sampingan
3. Rawatan susulan


BAHAGIAN C

“Akibat pembangunan yang tidak seimbang akan muncul sikap materialistik secara keterlaluan. Materialistik mementingkan kebendaan berbanding dengan pembangunan sosial dan ruhani. Manusia menjadi terlalu taksub dengan keduniaan sehingga hubungan sosial dieksploitasi sebagai alat untuk mendapat kebendaan dan bukan bermatlamat untuk mencpai kehidupan harmoni. Roh Rukun Negara seharusnya dibangkitkan semula dan dijadikan teras utama pembangunan dan pembentukan Bangsa Melaysia,”


( Dipetik dan dubahsuai daripada rencana “Menghayati Roh Rukun Negara oleh Lee Yok Fee dalam Dewan Masyarakat Jun 2009 )


i) Apakah yang dimaksudkan dengan sikap materialistik?

ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kesan sikap materialistik kepada anggota masyarakat?

SKEMA.

i. Sikap materialistik bermaksud sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri dalam mengejar kekayaan dunia sehingga melupakan interaksi sesama manusia.


ii. a) Meningkat gejala sosial.
b) Kepincangan nilai murni dalam masyarakat.
c) Wujud pecah amanah
d) Kecelaruan emosi

Esei

Bahagian A

No.1 Kenaikan harga barang menjadi masalah yang sukar dikawal terutama sekali setiap musim perayaan. Jelaskan penyataan ini.

Isi:
1.Kekurangan kakitangan penguatkuasaan
2.Sikap peniaga
3.permintaan yang bertambah
4.sikap pengguna
5.pengaruh iklan

No.2
Pengaruh rancangan hiburan seperti realiti TV merupakan antara punca yang meyebabkan gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Walau bangaimanapun masalah ini juga dirangsang oleh masalah dalam institusi kekeluargaan. Jelaskan.

1 + 3
Isi:
A
Idea wajib- Pengaruh rancangan realiti TV
B-Masalah keluarga
1.Kemiskinan
2.perceraian
3.sikap ibu bapa
4.tahap pendidikan dalam keluarga

No.3
Perubahan sistem kehidupan dalam kalangan masyarakat Malaysia masa kini telah menyebabkan semakin menebalnya sikap individualistik. Keadaan ini boleh mengancam keharmonian negara. Bincangkan.

2A + 2B
Isi:
A-Punca
1.Sikap materialistik
2.Perkembangan teknologi
3.sistem petempatan
4.kesibukan
B-Kesan
1.wujud masalah perkauman
2.semangat kejiranan terhakis
3.meningkat gejala sosial
4.imej negara terjejas.


Bahagian B
No.4
Penggunaan satelit dapat menjana perkembangan teknologi telekomunikasi dan meningkatkan tahap kemajuan sektor-sektor lain di Malaysia. Jelaskan penyataan ini.

A.Menjana telekomunikasi;
1.rangkaian komunikasi global
2.kepelbagaian alat telekomunikasi
3.p & P dalam komunikasi

B.Kemajuan dalam sektor lain;
1.Pendidikan
2.perubatan
3.ramalan cuaca
4.pertahanan dan keselamatan
5.pengurusan

2A + 2B

No.5
Kemajuan sistem penyampaian maklumat banyak membantu kehidupan manusia walaupun dari sudut lain sistem ini juga boleh mengancam keharmonian kehidupan mereka sendiri. Bincangkan penyataan ini.

A.Kebaikan;
1.Pengurusan
2.Keselamatan
3.Perubatan
4.P & P

B.Ancaman;
1.Jenayah maya
2.kesihatan
3.kebergantungan kepada teknologi

2A + 2B


No.6
Perkembangan positif dalam teknologi kejuruteran berjaya memesatkan proses pembangunan negara dalam pelbagai bidang. Huraikan.

Skema;
1.P & P
2.Pertanian
3.Aeroangkasa
4.Telekomunikasi
5.Petrokimia/tenaga
6.Pengangkutan
7.Industri

Nota: Pilih 4 idea di atas.


Bahagian C

PENGKOMPOSAN DALAM INDUSTRI SAWIT DAN PADI

“… Pengkomposan ditakrifkan sebagai suatu proses penguraian bahan organik dan sisa dalam suatu keadaan terkawal. Bahan yang berpotensi untuk dihuraikan secara biologikal ialah rumput, daun, kertas dan sisa makanan yang boleh dipecahkan dengan tindakan mikroorganisma aerobik untuk membentuk bahan urai yang lebih stabil….”

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana “Pengkomposan dalam Industri Sawit dan Padi”, oleh Abdul Rahman Mahmud, Dewan Kosmik, April 2009)


(i) Apakah yang dimaksudkan dengan pengkomposan?

Pengkomposan ialah proses menghancurkan bahan organik dan bahan buangan.

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kepentingan pengkomposan kepada negara.

Pengkomposan penting kepada negara kerana dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Bahan seperti rumput, daun dan kertas dapat diuraikan secara biologikal untuk menghasilkan baja organik dapat mengurangkan bahan buangan. Seterusnya pengkomposan membanu mengurangkan beban ekonomi negara. Kos yang tinggi untuk rawatan sisa cemar dapat diatasi kerana pengkomposan menggunakan teknologi yang mesra alam.

Isi Tambahan:
3.mengoptimumkan penggunaan sisa buangan.
4.elak pembaziran bahan proses.


BAHAGIAN E.

Soalan 3.
Berdasarkan maklumat dalam carta aliran di bawah, bincangkan faktor yang mempengaruhi amalan pemakanan yang seimbang dan kesan pengambilan makanan seimbang.

Skema Jawapan:

Faktor;
1.Pengetahuan- formal dan tidak formal
2.Kepercayaan dan sikap
3.Kebiasaan atau kelaziman
4.Kelaparan
5.Kecukupan bekalan makanan
6.Penyediaan makanan

Kesan;
1.Nilai nutrisi- tahap kesihatan
2.Peningkatan aktiviti


Soalan 7

Berdasarkan Carta di bawah, jelaskan pola pencemaran alam sekitar pada tahun 1991 hingga 1995. Nyatakan punca-punca berlakunya pencemaran alam sekitar.

Skema Jawapan:
Perubahan
-Jumlah keseluruhan meningkat berterusan daripada 811 kes pada tahun 1991 kepada 2758 kes pada tahun 1995 (240%)

B.Perbezaan
-Tahun 1991 tertinggi- pencemaran udara 71%(576 kes) daripada jumlah keseluruhan 811 kes, terendah kes-kes pencemaran lain 6.7%(54 kes) daripada 811 kes keseluruhan.

-1993 tertinggi pencemaran udara 69% (1279 kes) daripada jumlah keseluruhan 1853 kes, terendah kes pencemaran lain 7%(130 kes) daripada jumlah keseluruhan 1853 kes.

C.Punca;
-Pertambahan bilangan kenderaan dan pertambahan sektor perkilangan membebaskan gas-gas rumah hijau.
-pembuangan sisa domestik atau sampah sarap ke dalam sungai
-pembakaran terbuka kawasan pertanian dan sampah sarap
-Bencana alam-letusan gunung berapi, banjir
-kebocoran loji nuklear
-pembuangan sisa toksik
-kebakaran hutan secara semula jadi

Esei Laras Sastera Dan Sains

ESEI LARAS SATERA

Rakyat Malaysia digalakkan menguasai lebih daripada satu bahasa,terutamanya kemahiran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Hasrat murni ini amat sukar untuk dicapai secara menyeluruh.
Bincangkan.

SKEMA JAWAPAN:

A-KEPENTINGAN

1. Dapat menguasai kemahiran teknologi terkini
2. Sebagai bahasa perhubungan antarabangsa
3. Peluang pekerjaan
4. Saluran untuk meluaskan pengetahuan

B-MASALAH

1. Kekurangan tenaga pakar
2. Sikap masyarakat terutama di luar Bandar
3. Kekurangan prasarana/alat Bantu
4. Budaya/persekitaran

Nota: 2A+2B

Belakangan ini peningkatan kes ragut yang dilaporkan oleh media massa arus perdana amat membimbangkan.Perkembangan ini mendesak pelbagai jalan penyelesaian diambil secara bijaksana.
Jelaskan pernyataan ini.

SKEMA JAWAPAN:

A-FAKTOR
1. Masalah ekonomi
2. Ajaran Agama/moral lemah
3. Persekitaran negatif
4. Media massa
5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah
6. Pengaruh dadah

B-USAHA
1. Kuatkuasa undang-undang
2. Didikan Agama/moral
3. Kerjasama semua pihak
4. Kempen anti jenayah ragut
5. Teknologi CCTV

Nota: 2A+2B

Institusi keluarga seringkali disalahkan apabila kes jenayah yang melibatkan remaja bawah umur berlaku.Hakikatnya banyak lagi factor yang menyumbang kepada jenayah tersebut.
Bincangkan.

SKEMA JAWAPAN

A-IDEA WAJIB
1. Institusi kekeluargaan

B-FAKTOR LAIN
1. Sikap masyarakat
2. Rakan sebaya
3. Media massa
4. Pengaruh dadah

Nota: 1A+3B


ESEI LARAS SAINS

Penggunaan teknologi robotik yang semakin meluas dalam kehidupan manusia terbukti mampu mengatasi pelbagai kelemahan manusia.
Jelaskan pengakuan ini.

SKEMA JAWAPAN:

1. Batas masa bekerja manusia
2. Gemuruh/gangguan emosi manusia
3. Risiko nyawa/kecederaan
4. Kesetiaan tenaga buruh manusia
5. Komunikasi manusia

Nota: Pilih mana-mana 4 idea di atas


Keberkesanan penggunaan teknologi ‘komunikasi’ kerap terganggu oleh serangan virus.
Bincangkan.

SKEMA JAWAPAN

1. Hilang/padam rekod maklumat/pengkalan data
2. Lumpuh sistem rangkaian komunikasi
3. gangguan/kegagalan sistem operasi
4. kerosakan computer/alat komunikasi
5. E-jenayah/penyalahgunaan teknologi

Nota: Pilih mana-mana 4 idea di atas


BAHAGIAN C

Dengan jumlah penduduk Islam di seluruh dunia yang mencecah 1.6 bilion orang,tidak ada sebab industri makanan hala tidak boleh berkembang maju.Ada laporan yang menyatakan produk makanan halal dunia bernilai RM 1.9 trilion setahun.Namun Malaysia sedang berdepan dengan masalah pemalsuan sijil halal, kurangnya penglibatan pengusaha bukan Islam dan mematuhi syarat pengeluaran produk makanan halal.
(Dipetik dan di ubahsuai daripada Dewan
Masyarakat,Mac 2009)

i- Apakah kebimbangan masyarakat Islam dunia terhadap produk makanan dijamin halal?
ii- Dengan menggunakan tidak lebih dari 50 patah perkataan,nyatakan bagaimanakah cara untuk menambah pengeluaran makanan halal.

SKEMA JAWAPAN:

i- Kebimbangan masyarakat Islam terhadap produk makanan agar dijamin halal ialah kegiatan pemalsuan sijil halal.
ii- -Mengeluar/menambah francais produk makanan halal
-Memberi peluang kepada pengusaha bukan Islam menceburi industri makanan halal dengan syarat mematuhi langkah pengeluaran produk makanan halal
-Memudahkan/memperbanyakkan pengeluar sijil halal
- Mengurangkan karenah birokrasi dalam pengeluaran sijil halal


BAHAGIAN E

Berdasarkan maklumat dalam carta aliran dibawah,bincangkan apakah faktor-faktor yang menentukan seseorang itu mengamalkan pemakanan seimbang.


SKEMA JAWAPAN:

Pengetahuan – formal/tidak formal
Kecukupan bekalan makanan
Penyediaan makanan – kepercayaan dan sikap
Kebiasaan dan kelaziman
Kelaparan

Nota: Pilih mana-mana 4 idea di atas

Wednesday, August 5, 2009

Wanita hamil berisiko hidap H1N1

MELIHAT jumlah kes selesema babi atau Influeza A (H1N1) yang sedang menular di seluruh dunia ketika ini, para saintis dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mendapati kadar wanita hamil yang dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan penyakit itu adalah empat kali lebih tinggi berbanding kes biasa.

Para penyelidik dari jabatan tersebut turut menemubual wanita hamil yang dimasukkan ke hospital kerana selesema babi dan semua mereka mengatakan keadaan kesihatan mereka amat baik sebelum mereka jatuh sakit disebabkan virus tersebut.
Justeru para penyelidik berpendapat bahawa wanita hamil adalah golongan pertama yang patut mendapat vaksin selesema babi kerana mereka berisiko untuk mendapat jangkitan daripada virus H1N1.

Kajian tersebut turut mendapati wanita yang hamil akan berhadapan dengan komplikasi serius apabila terkena jangkitan virus pembunuh tersebut.
Di United Kingdom (UK) sehingga kini sekurang-kurangnya dua wanita hamil menjadi korban selesema babi. Seorang lagi wanita hamil di UK terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital di Sweden kerana hospital yang merawat pesakit selesema babi di UK sudah penuh dan tidak dapat memberikan rawatan terbaik kepada bakal ibu tersebut.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Lancet itu juga menyarankan wanita hamil patut segera mendapat suntikan vaksinasi supaya diri dan bayi mereka selamat.
Disebabkan kes selesema babi yang agak tinggi di kalangan wanita hamil, terdapat beberapa cadangan bagi mengurangkan risiko mereka terkena wabak tersebut.

Beberapa agensi kesihatan di Amerika Syarikat mencadangkan agar wanita hamil tidak berkunjung ke lokasi yang penuh dengan orang ramai tetapi pihak kerajaan pula berpendapat wanita hamil boleh meneruskan cara hidup seperti biasa cuma perlu mengambil langkah ekstra dalam kebersihan

Panduan pengecaman virus komputer yang tulen

KINI, teknologi maklumat (IT) atau pengkomputeran menjadi sebahagian fesyen kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Malah, perkembangan teknologinya lebih cepat berkembang berbanding industri fesyen pakaian. Selari dengan perkembangannya, isu ancaman virus komputer juga berkembang pesat di dunia siber.

Secara realitinya berlaku satu keadaan melibatkan perisian anti virus kita mengesan dan membersihkan virus yang dikesan tetapi dalam satu jangka masa ia akan berulang kembali.
Jadi, bagaimana untuk kita pastikan adakah fail komputer tersebut adalah benar-benar virus atau ia disalah tafsir oleh perisian anti virus.
Perkara tersebut sering berlaku terutama kepada pihak yang terlibat dalam menyelenggara fasiliti IT.

Oleh demikian, disertakan beberapa langkah asas untuk kita memastikan fail komputer tersebut adalah benar-benar virus atau ia disalah tafsir oleh perisian anti virus atau pengimbas virus.
Sekiranya berlaku pengulangan infeksi virus komputer, ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengesanan semula malware yang tidak aktif yang telah dihantar kembali ke satu lokasi yang lain atau diletakkan kembali ke dalam direktori atau folder bagi System Restore.

Jadi, beberapa tindakan berikut perlu dilaksanakan seperti berikut:-
*Buang virus daripada servis System Restore.
*Buang semua fail dalam Temporary Internet Files dan Cookies.
*Kosongkan direktori bagi Internet History

Asal-Usul Datangnya Fail Tersebut
Ia boleh memberi makna yang penting dan pelbagai kerana asal-usul fail yang berisiko tinggi adalah berpunca daripada sumber-sumber berikut:-
*Sisipan fail dalam mesej e-mel.
*Fail yang dimuat turun daripada rangkaian perkongsian fail seperti BitTorrent.
*Fail yang dimuat turun secara tidak sengaja setelah mengklik sesuatu alamat sambungan dalam e-mel, web atau Instant Messenger.

Tahap Keperluan Fail Tersebut
Adakah fail tersebut anda mahu, perlu atau dijangka untuk dapatkannya? Ia penting kerana apa sahaja fail yang anda dapat secara tidak sengaja dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan ia bersifat pengacau.

Sekiranya fail tersebut anda muat turun secara tidak sengaja dan ia tidak diperlukan, buang sahaja ia secara kekal
Pemilihan terhadap apa yang boleh dilarikan dalam sistem adalah penting dalam meminimumkan risiko berlakunya infeksi virus ini.
Namun begitu, sekiranya fail tersebut anda perlukan tetapi ia dicam sebagai virus oleh perisian anti virus. Maka, langkah seterusnya perlu diambil dengan membuat pengimbasan semula dengan perisian yang lain.

Pengimbasan Semula
Pengimbasan semula fail tersebut dengan perisian anti virus yang lain perlu dibuat. Lebih banyak perisian yang digunakan ia lebih baik.
Ia juga boleh dilakukan secara atas talian dengan menggunakan lebih daripada satu jenis pengimbas. Seperti laman web VirusTotal, ia akan mengimbas fail tersebut dengan lebih daripada 30 jenis pengimbas. Alamatnya, http://www.virustotal.com.

Hasilnya kita boleh buat penilaian dengan andaian sekiranya kebanyakkan perisian pengimbas mengatakan itu virus. Maka, kita terima kenyataan itu.
Sekiranya, sebalik pula yang berlaku, fail tersebut berkemungkinan adalah virus yang belum dikemaskini oleh kebanyakkan perisian pengimbas atau berlaku positif palsu dalam pengimbasan iaitu fail tersebut bukannya virus.

Penelitian Fail Secara Format MD5
Fail boleh dinamakan dengan pelbagai penipuan tetapi dengan format MD5 Checksum amat jarang dibuat penipuan.
MD5 merupakan satu kaedah penyembunyian data secara kriptografi yang unik untuk sesebuah fail komputer.

Terdapat beberapa perisian atau sistem yang boleh digunakan untuk dapatkan format MD5 bagi sesebuah fail seperti menerusi laman web Virustotal atau utiliti percuma, Elgorithm di http://www.elgorithms.com.
Setelah mendapatkan fail tersebut secara format MD5, letakkan ia ke mana-mana enjin carian yang biasa kita gunakan dan lihat hasilnya.

Pengecaman Tingkah Laku Fail
Sekiranya semua langkah-langkah yang sebelumnya sudah diambil dan anda masih merasa tidak puas hati, maka, langkah yang terakhir ini boleh dibuat iaitu dengan melakukan pengecaman tingkah laku fail secara atas talian untuk pastikan ia adalah benar-benar virus atau pun tidak.

Ia boleh dibuat dengan menggunakan laman web utiliti komputer seperti ThreatExpert di http://www.threatexpert.com atau CSSandbox di http://www.cwsandbox.org.
Langkah terakhir ini memerlukan seorang pakar IT dalam bidang virus atau keselamatan IT untuk melakukan pentaksiran hasilnya.

Saturday, July 18, 2009

Penyakit golongan pekerja





Seramai 135,000 rakyat Malaysia pada usia produktif hidap sakit sendi rheumatoid arthritis ARTHRITIS dan penyakit yang berkaitan dengan otot, adalah antara punca utama morbiditi atau masalah kesihatan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Malangnya, tidak ramai yang tahu secara mendalam mengenai penyakit ini sehinggalah ia dialami oleh diri sendiri atau ahli keluarga. Tidak kurang juga yang mungkin memandang ringan terhadap penyakit ini dan menganggapnya sekadar sakit sendi biasa biarpun hakikatnya ini boleh menjejaskan kualiti hidup individu itu serta kegiatan sehariannya.

Secara umumnya, arthritis berpunca disebabkan radang pada sendi dan perubahan struktur sendi yang kemudian menjejaskan kehidupan pesakit. Kebanyakan pesakit menghidapnya bagi tempoh yang lama atau ia mungkin terjadi sebagai penyakit kronik. Penyakit arthritis yang biasa adalah rheumatoid arthritis (RA), osteoarthritis dan ankylosing spondylitis (masalah struktur tulang belakang). Walaupun lazimnya ia dikenali arthritis atau radang sendi, setiap penyakit memiliki manifestasi sendiri dan dialami kumpulan usia berbeza. RA misalnya menyebabkan kesakitan, menyekat keupayaan fizikal dan menjejaskan kehidupan pesakit mahu pun ahli keluarganya.

Imbasan ultrasound rangka otot adalah satu cara mengesan RA.

Presiden Yayasan Arthritis Malaysia, Dr Amir Azlan Zain, berkata kebanyakan pesakit yang menghidap RA adalah dalam usia bekerja dan kesakitan itu mula ketara apabila pesakit mencecah usia persaraan. “RA tidak hanya menjejaskan sendi, tetapi turut dialami kira-kira satu peratus penduduk Malaysia. Malah ada kira-kira 135,000 penghidap RA di Malaysia. “Penghidap tidak hanya mengalami sakit sendi dan sukar bergerak, malah turut menjejaskan mutu kerja, sentiasa cuti sakit dan terpaksa bergantung pada orang lain,” katanya. Malah ia turut memerlukan kos rawatan tinggi terutama di kalangan pesakit yang menderita bagi jangka masa yang lama. Jumlah wang dibelanjakan bukan hanya untuk ubat-ubatan dan bil hospital tetapi meliputi rawatan pemulihan dan menggaji pengasuh.

Imej imbasan jari jemari yang diserang RA. (Lihat Gambar di atas)

Maklumat Statistik Ubat Malaysia 2005 mendapati, kos ubat untuk RA ialah RM50.7 juta manakala jumlah kos tidak langsung dianggarkan kira-kira RM202.8 juta atau empat kali ganda berbanding kos langsung. Justeru, pengesanan dan rawatan awal RA amat penting dan ini boleh dilakukan melalui pemeriksaan imbasan ultrasound atau imbasan resonan magnetik (MRI). Namun, kos imbasan MRI menelan belanja yang tinggi. Satu pilihan untuk pesakit RA adalah melakukan imbasan ultrasound rangka otot. Kosnya murah berbanding MRI dan ia boleh mengesan sendi yang radang. Diagnosisnya lebih tepat terutama di peringkat awal penyakit, sekali gus membantu petugas perubatan memantau kesan rawatan ke atas pesakit. Pakar Rheumatologi, Universita Politecnica delle Marche, Itali, Prof Walter Grassi berkata, dalam dunia perubatan rheumatologi, teknologi imbasan sudah dikenal pasti membantu pesakit. Imbasan ultrasound rangka otot (MSUS) membantu diagnos dan merawat keadaan kesihatan dengan memberi imej otot, tendon, ligamen, sendi dan tisu lembut di seluruh tubuh. “Melalui MSUS, perubahan struktur sendi pada peringkat awal dapat dikesan. Mesin imbasan ultrasound membantu mengesan sendi bermasalah serta tisu lembut di sekelilingnya. Kaedah ini disifatkan tidak mahal dan mengelak pendedahan radiasi,” katanya.
Pengesanan dan rawatan awal RA penting untuk mencegah penyakit daripada menjadi kronik dan mengurangkan beban sosio ekonomi negara. “Imbasan ultrasound rangka otot adalah satu cara mengesan RA pada peringkat awal. Kemajuan mesin pengimbas membantu pakar rheumatologi memberi maklumat lebih baik dan tepat. Ia juga memberikan rawatan yang sewajarnya untuk mengawal penyakit,” katanya. Grassi berkata, MSUS dapat membantu terutama bagi mengesan hakisan awal pada sendi, menilai keradangan pada tisu kenyal sinovia pada sendi, memantau kesan rawatan selain menilai keadaan radang antara otot tulang dan tulang. Sebenarnya, bagi dunia perubatan antarabangsa, mesin imbasan rangka otot ini sudah lama diperkenalkan dan terbukti membantu petugas perubatan melihat imej otot, tendon, ligamen, sendi dan tisu lembut di seluruh tubuh. Cuma di Malaysia, MSUS agak asing kerana baru diperkenalkan. Ia bagaimanapun sudah ditempatkan di beberapa hospital utama di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak dan Sabah. Antaranya, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Selayang dan Hospital Seremban. RA cenderung berlaku kepada wanita RA adalah penyakit autoimun yang terjadi apabila sistem imun tubuh tidak normal dan menyerang sel atau tisu sihat dalam badan. RA sifatnya progresif dan lazimnya ia menyerang sendi kecil khusunya jari (tangan dan kaki) dan pergelangan tangan. Ia kemudian menyebabkan sendi radang begitu juga tulang sekelilingnya dan akhirnya menyebabkan pesakit hilang kualiti dalam hidup. Ada 23.7 juta penghidap RA di seluruh dunia manakala di Malaysia pula dianggarkan seramai 135,000 pesakit. RA antara dua hingga tiga kali lebih cenderung terjadi pada wanita berbanding lelaki. Umumnya, RA muncul antara usia 40 ke 60 tahun. Namun RA juga boleh menyerang kanak-kanak dan mereka yang berusia lebih 60 tahun.
Tiada ubat untuk RA. Cuma, dengan rawatan yang teratur sendi boleh dilindungi daripada sendi mengalami kerosakan kekal. Biasanya mengubah gaya hidup, makan ubat dan menjadikan hidup lebih produktif antara pelan mengurus RA. RA yang progres sifatnya menyebabkan sel synovial (sel antara tulang dan sekitar sendi yang menghasilkan cecair melincirkan sendi) menjadi tidak normal. Ia masuk ke dalam rawan sendi dan menjejaskan otot, ligamen juga tendon di sekeliling sendi yang secara lazimnya bekerja menyokong dan menstabilkan sendi. Radang sendi yang kronik disebabkan RA boleh menyebabkan otot, ligamen dan tendon menjadi lemah menyebabkan ia tidak boleh berfungsi. Setakat ini RA tidak boleh diubati. Rawatan RA tertumpu pada mengurangkan keradangan pada sendi bagi memperlahankan kerosakan sendi dan melegakan kesakitan. Selain ubat-ubatan, rawatan RA juga mungkin membabitkan pembedahan bagi kes kerosakan sendi yang serius.
INFO Simptom RA :-
Sakit sendi
Sendi bengkak
Sendi sakit apabila disentuh
Tangan bengkak dan merah
Ada benjol keras di lengan
Penat
Kekejangan pada sendi sekurang-kurangnya 30 minit pada waktu pagi dan mula surut apabila hari mula meninggi
Demam
Berat badan turun

Wednesday, June 17, 2009

R&D: Teknologi rawat air



Kumpulan penyelidik UTeM cipta kapal pembersih sungai berkesan, mesra alam.


PENCEMARAN sungai, kolam mahupun tasik bukan saja menjejaskan ekosistem kawasan setempat, malah akan mewujudkan suasana yang tidak kondusif untuk kehidupan harian. Kaedah pembersihannya yang lazim dilakukan adalah secara konvensional, antaranya menggunakan kren pengorek berantai yang berstruktur lengan panjang.


Setelah itu, sampah atau bahan kotoran yang dikeluarkan diangkut ke pusat pelupusan atau loji penyahan sisa enap cemar. Prosedur berkenaan menyukarkan kerana membabitkan kos tinggi, termasuk pengangkutan dan permit pembuangan sampah serta caj pengusaha pusat pelupusan yang tinggi. Bagi memecah kebuntuan menyenggara pencemaran sungai atau tasik dengan baik itu, sekumpulan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya menghasilkan teknologi mengatasi masalah itu.


Abdul Talib Din Kumpulan diketuai Ir Abdul Talib Din, yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal universiti itu, menemui kaedah baru menggabungkan teknologi termaju dan mekanisme ciptaan sendiri apabila menghasilkan kapal perawat sungai atau tasik bersepadu. Kapal itu dinamakan EFC-TL20 (20 menunjukkan kapasiti bot adalah 20 ton atau 20 meter padu air dirawat pada sesuatu masa). Teknologi baru itu tidak hanya berfungsi sebagai penarik sampah, malah boleh membawa penumpang bersiar-siar sambil menikmati panorama perairan tasik dan sungai di Malaysia. Lebih menarik, kapal itu juga berfungsi sebagai loji pencuci sungai dan tasik tanpa disedari penumpangnya.
PINGAT dan sijil dimenangi bot pembersih sungai EFC-TL20 pada Ekspo Teknologi Malaysia pada 2007 dan 2009.


Abdul Talib berkata, penghasilan kapal itu mengambil kira masalah dihadapi dalam merawat air sungai dan tasik yang merangkumi keperluan mencuci dasar tidak seragam, sama rata dan berbengkok. Bentuk tepian sungai dan tasik yang berbeza juga, katanya, menyukarkan kerja pembersihan. “Kewujudan sisa pepejal yang tidak seragam juga menyulitkan kerana ia lazimnya tersangkut pada jaringan penapis menyebabkan pam penyedut enap cemar kerap tersumbat. “Menerusi ciptaan ini, proses pembersihan lebih mudah, selain ia boleh diselenggara atau dikawal secara kawalan jauh. “Ia turut dilengkapi teknologi merawat pelbagai jenis sisa pencemaran yang tidak konsisten dan boleh menanggung beban pencemaran yang berubah-ubah secara mendadak,” katanya. Sambil menjelaskan ciptaan itu sudah dirujuk dan diselaras dengan peraturan Jabatan Alam Sekitar supaya hasilnya mematuhi perundangan, Abdul Talib berkata, ia berfungsi berdasarkan sumber pencemaran biasa sungai dan tasik. Antaranya sisa sampah terapung, pepejal terampai (suspended solids), organik boleh terurai (biodegradable organic), pepejal terlarut (dissolved solids) dan bahan bukan organik terlarut (dissolved inorganic). Beliau berkata, sampah terapung disifatkan sumber utama pencemaran hingga menimbulkan bau busuk di sungai mahupun tasik. Keadaan itu juga, katanya, mengurangkan kawasan penyerapan oksigen ke dalam jasad air yang boleh bertindak mengurangkan bau busuk. “Begitu juga dengan pepejal terlarut, ia sukar dirawat secara penapisan kerana tidak berbentuk pepejal tetapi garam atau ion yang larut. Oleh itu, prosesnya perlu secara rawatan kimia,” katanya. Dengan EFRC-TL20, beliau menjelaskan, pepejal terlarut dan gas terperuap dirawat menggunakan peralatan pengudaraan yang boleh menghasilkan pemindahan oksigen yang tinggi ke dalam jasad air. Oksigen pula akan membantu bakteria mempercepatkan pengoksidaan seterusnya memendapkan unsur pencemaran di dasar air sama ada secara pembentukan garam mendap atau menjadi sebahagian daripada jasad bakteria mati. Abdul Talib berkata, antara keistimewaan kapal itu ialah berciri mesra alam sepenuhnya kerana menggunakan kuasa solar dan enjin hidrogen yang tidak mencemarkan atmosfera. Selain itu, katanya, teknologi dihasilkan juga dapat meracik dan memotong sampah terapung yang lembut kepada saiz boleh disedut dan diproses dalam kebok rawatan. “Kemudahan ini mempunyai sistem deria pengesan aras dasar sungai atau tasik supaya proses pembersih dilakukan secara kemas dan rapi. “Ia dilengkapi jaringan rak besi tahan karat yang memisahkan sampah besar terapung dan bersaiz kecil yang boleh disedut dan diproses. Sampah besar akan dipungut perangkap yang boleh dipasang disemua "outlet" ke sungai.

Friday, April 10, 2009

Kurangkan berat badan



MONTEL, gemuk gempal, gendut atau apa-apa saja gelaran yang diberi, apa yang pasti 'fenomena' berat badan berlebihan merupakan masalah yang melangkaui sempadan agama, bangsa, warna kulit mahupun negara.

Gemuk bukan sekadar menjejaskan penampilan diri malah lebih mustahak ia kerap dikaitkan dengan masalah kesihatan terutama apabila berat badan mencapai tahap obesiti.
Masalah tersebut amat berkait rapat dengan gaya hidup terutama dari segi tabiat pemakanan yang tidak sihat sehingga mendorong kepada timbulnya frasa baru 'mati bukan kerana tak makan tapi mati kerana terlebih makan'.

Begitu pun hasil kajian terbaru oleh sekumpulan penyelidik di Britain baru-baru ini, mungkin membuat sebahagian daripada mereka yang menghadapi masalah tersebut mula memeriksa semua tabiat pemakanan mereka atau berkira-kira untuk mendaftar di mana-mana gimnasium atau pusat kecergasan.

Hasil kajian oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Oxford itu mendapati risiko obesiti sama bahayanya dengan merokok iaitu boleh memendekkan jangka hayat hidup seseorang.
Kumpulan penyelidik tersebut telah menjalankan sebanyak 57 kajian yang meliputi beberapa kawasan di Eropah dan Amerika Utara.

Kajian tersebut melibatkan seramai sejuta orang dan tempoh penyelidikan telah berlangsung selama 10 hingga 15 tahun. Dalam tempoh tersebut, didapati lebih kurang 100,000 orang yang terlibat dalam kajian telah meninggal dunia.

Menggunakan kaedah ukuran indeks jisim badan (BMI) iaitu ukuran yang membahagikan berat seseorang dalam kilogram dan ketinggian dalam meter untuk menentukan tahap obesiti, para penyelidik tersebut mendapati jumlah kematian paling rendah pada manusia yang mempunyai BMI 23 hingga 24 iaitu ukuran normal berat badan ideal.

Dalam satu kenyataan rasmi mereka menyatakan, golongan yang mempunyai berat badan berlebihan mempunyai BMI daripada 25 hingga 29. Manakala bagi yang mengalami obesiti pula, BMI mereka melebihi 30.

Kajian tersebut yang telah diterbitkan bagu-baru ini dalam jurnal perubatan yang diberi nama Lancet. Jurnal perubatan tersebut telah dibiayai oleh Majlis Penyelidik Perubatan Britain, Pertubuhan Jantung Britain, Penyelidikan Kanser UK dan beberapa persatuan kesihatan lain.
"Jika anda terasa berat badan anda semakin naik, inilah masanya untuk mengurangkan berat badan," ujar salah seorang penyelidik, Sir Richard Peto.
Peto yang juga ahli statistik dan profesor di universiti yang sama menemui fakta bahawa mereka yang mempunyai BMI 30 ke atas kehilangan tiga tahun daripada umur mereka sepatutnya hidup.

Mereka yang mempunyai BMI lebih daripada 40 akan kehilangan 10 tahun jangka hayat hidup, jumlah risiko yang sama dengan golongan yang kuat merokok.
Sementara itu, ketua projek penyelidikan yang juga seorang pakar epidemiologi di universiti berkenaan mendapati, sebanyak 50 peratus mereka yang mengalami obesiti akan mati lebih cepat daripada mereka yang mempunyai berat badan normal.

Dia juga mengeluarkan kenyataan bahawa kebarangkalian mereka yang mengalami obesiti untuk mati kerana penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, sakit buah pinggang atau masalah paru-paru adalah sebanyak dua pertiga. Manakala satu daripada enam orang yang obesiti akan mati disebabkan kanser.

Salah seorang penyelidik lain pernah berkata bahawa sedikit kenaikan di dalam BMI sudah memadai untuk meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser.
Keputusan hasil kajian terbaru itu nyata bercanggah dengan satu kajian terdahulu oleh kumpulan penyelidik berbeza, yang menyatakan bahawa golongan yang mempunyai berat badan berlebihan hidup lebih lama daripada mereka yang kurus dan mempunyai berat badan normal.

Bagaimanapun kajian tersebut telah disangkal kerana ia adalah kajian yang telah dibuat antara tahun 1975 hingga 1985 dan kesimpulan tersebut tidak lagi relevan untuk zaman ini.
Kadar peningkatan obesiti semakin mendadak di barat dan menjadi punca utama masalah jantung di barat.

"Adalah diharapkan orang ramai menyedari tentang risiko penyakit yang akan menyerang jika mereka mengalami obesiti dan mengambil langkah segera untuk mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat".

Tuesday, March 10, 2009

Tanganilah isu pekerja asing dengan serius

SEJAK kebelakangan ini jumlah warga asing yang berkeliaran di pusat bandar lebih ramai daripada biasa.

Keadaan ini mungkin disebabkan mereka telah diberhentikan kerja oleh majikan ekoran kelembapan ekonomi sekarang.

Jika benar begitu keadaannya, kerajaan harus bertanggungjawab menghantar pulang warga asing yang telah diberhentikan kerja itu ke negara asal mereka.

Tindakan membenar dan menggalakkan kemasukan pekerja asing dengan sewenang-wenangnya adalah suatu tindakan yang kurang bijak, kerana ia tidak mengambil kira kesannya kepada masyarakat tempatan.

Kelonggaran ini telah menimbulkan minat yang amat kuat di kalangan majikan untuk mengambil pekerja asing ini.

Kehadiran tiga juta warga asing di negara ini telah menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup rakyat kerana kita terpaksa bersaing dengan mereka untuk mendapatkan rumah sewa, bahan makanan, katil di hospital dan suatu hari nanti terpaksa bersaing pula untuk mendapatkan udara bagi bernafas.

Kerajaan bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyatnya, bukannya rakyat asing.
Bagaimana pula dari aspek keselamatan negara? Di kalangan tiga juta warga asing ini, tidakkah mungkin ada antara mereka ini terdiri daripada pengintip kuasa asing yang menyamar?
Saya pernah nampak dua orang warga asing di dalam bas yang begitu asyik memerhatikan kem tentera apabila bas yang kami naiki itu lalu berhampiran kem tersebut.

Apa gunanya memiliki kapal selam jika pendatang boleh menyusup masuk dan menceroboh menyeberangi Selat Melaka dengan hanya menggunakan bot.

Sampai bilakah kerajaan akan bersikap serius dalam menangani isu kebanjiran warga asing di negara ini?

Saturday, November 15, 2008

Menangani kebanjiran pekerja warga asing

KEBANJIRAN warga asing di negara ini untuk bekerja semakin menghimpit masyarakat tempatan, malah kini jumlahnya sudah mencecah 2.2 juta iaitu melebihi masyarakat India sebagai kaum ketiga terbesar di negara ini.

Berdasarkan statistik, masyarakat India di negara ini berjumlah 1.88 juta orang.Warga asing itu, terutama dari Indonesia datang secara besar-besaran sejak 1980-an dan 1990-an untuk bekerja di pelbagai sektor menjadikan negara ini syurga untuk mencari rezeki.Jumlah itu belum lagi termasuk hampir sejuta pendatang asing yang memasuki negara ini secara haram dan hampir 10,000 tahanan di depot imigresen.

Rakyat asing boleh dilihat di mana-mana sama ada dalam bandar, pedalaman mahupun di ladang. Kehadiran mereka turut menyumbang kepada aliran keluar mata wang asing dan dianggarkan RM17.2 bilion dihantar menerusi bank tempatan ke luar negara tahun lalu dengan lebih 90 peratus atau RM15.5 bilion dikirim warga asing. Nilai wang kiriman pekerja asing ke luar negara itu adalah lebih tinggi berbanding cukai pendapatan individu yang dipungut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM12 bilion tahun lalu.Dengan wang itu, kerajaan Pulau Pinang boleh membina tiga jambatan kedua Pulau Pinang yang berharga RM4.8 bilion.Bagaimanapun, jumlah itu hanya membabitkan wang yang dihantar menggunakan transaksi bank.Sebenarnya, aliran keluar wang adalah lebih tinggi kerana ramai pekerja asing, terutama pendatang tanpa izin membawa sendiri wang apabila pulang ke negara asal atau mengirim menerusi saudara-mara dan rakan.

Bank Negara Malaysia dalam laporan tahunan 2007 menganggarkan kiriman wang ke luar negara akan meningkat sehingga RM18.9 bilion tahun ini.Anggaran bank pusat itu turut disokong statistik terbaru Jabatan Perangkaan dikeluarkan Mei lalu, yang menunjukkan RM4.5 bilion dikirim ke luar negara dalam tempoh tiga bulan tahun ini, berbanding RM4.1 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.Pada 2005, sebanyak RM18.1 bilion dilaporkan dihantar ke luar negara dan RM17.9 bilion pada 2006.

Kiriman wang ke luar negara meningkat berikutan pertambahan kemasukan pekerja asing sama ada dalam sektor pekerjaan tidak mahir mahupun profesional.Dalam satu simposium kebangsaan mengenai Dasar Pekerja Asing di Malaysia anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), baru-baru ini, mendedahkan hampir 20 peratus tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada warga asing.Ini menunjukkan nisbah pekerja di negara ini seorang warga asing bagi setiap empat pekerja tempatan. Simposium berkenaan juga dimaklumkan hampir separuh daripada lebih 252,600 pekerjaan yang diwujudkan di negara ini setiap tahun diisi oleh pekerja asing.Pekerjaan berorientasikan buruh dan kerja yang dianggap ‘kotor dan jijik’ oleh warga tempatan adalah antara pekerjaan diisi warga asing yang tidak pedulikan kerja yang dibuat asalkan dapat mengumpul wang.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George dipetik sebagai berkata dasar yang semakin liberal terhadap pengambilan pekerja asing di Malaysia wujud berikutan pertumbuhan pesat ekonomi yang sebahagian besarnya dipacu industrialisasi. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa mengambil langkah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan pada masa sama melindungi peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.Kerajaan sudah membuat keputusan untuk mengurangkan secara beransur-ansur kadar pergantungan terhadap pekerja asing daripada 2.2 juta sekarang kepada 1.5 juta menjelang 2015.

Mengikut sektor, sebahagian besar pekerja asing diambil bekerja dalam sektor pembuatan iaitu sebanyak 36 peratus, diikuti perladangan (24.6 peratus), pembantu rumah (15.7 peratus), pembinaan (14.2 peratus) dan selebihnya dalam sektor lain.Penggunaan dan kebergantungan terhadap pekerja asing secara berlebihan mengakibatkan pelbagai masalah, termasuk penurunan purata produktiviti, penyisihan pekerja tempatan, kewujudan kadar upah yang rendah serta menjejaskan kelemahan imbangan pembayaran dan mencetuskan isu sosial dan keselamatan.Negara boleh jadi huru-hara jika pekerja asing ini mengadakan mogok atau demonstrasi menuntut hak mereka atau meminta layanan yang lebih baik.Bayangkan ketika cuti musim perayaan, Kuala Lumpur bagaikan menjadi hak mereka malah Petaling Street yang terkenal sebagai China Town boleh bertukar menjadi Bangla Town kerana ramai peniaga di kawasan itu kini warga Bangladesh.Warga tempatan lebih gemar menyewa permit atau gerai yang diberikan kerajaan kepada warga asing sebagai cara mudah dapat wang dalam tempoh singkat.Ini tidak termasuk kawasan pasar Chow Kit yang dikuasai peniaga warga Indonesia. Boleh dikatakan di mana-mana saja setiap aktiviti yang dulu dikuasai rakyat tempatan sedikit demi sedikit diambil alih warga asing.Kemudahan untuk warga tempatan seperti pendidikan dan kesihatan juga kini dikongsi dengan warga asing, terutama dari Indonesia yang turut membawa keluarga untuk tinggal di negara ini.Itu yang ingin bekerja, tetapi ada warga asing yang datang untuk melakukan jenayah.Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Chor Chee Heung, hampir 40 peratus atau 14,809 banduan yang menjalani hukuman di penjara di negara ini kini terdiri daripada warga asing. Jumlah itu melebihi 28 peratus daripada kapasiti banduan warga asing yang sepatutnya ditampung semua penjara di negara ini.Beliau berkata, jumlah banduan asing terlalu ramai menyebabkan penjara kita sesak dengan 37,446 banduan.Langkah kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing perlu disegerakan dan bukan sekadar retorik. Bagaimanapun, kerajaan sedang giat mengurangkan pergantungan negara terhadap tenaga kerja asing dalam pelbagai sektor.Bagi sektor pembuatan, ia akan menggubal dasar dan strategi baru bagi menarik lebih banyak wanita menyertai pasaran tenaga kerja, melaksanakan satu program mekanisasi berkesan dan mengenal pasti kemahiran yang diperlukan oleh industri, melaksanakan program latihan serta membantu perusahaan kecil dan sederhana (SME) dalam penggunaan mekanisasi bagi mengurangkan keperluan mereka mengambil pekerja asing.Bagi sektor perkhidmatan, kerajaan akan menguatkuasakan kaedah layan diri, terutama di restoran dan stesen minyak.Ia juga akan menyediakan persekitaran bekerja yang lebih menarik dan kondusif bagi pekerja tempatan dan memberi insentif pengecualian cukai bagi menggalakkan penggunaan automasi.Bagi sektor perladangan, kerajaan akan menarik penyertaan tenaga kerja dari luar bandar melalui penyediaan prasarana asas, perkhidmatan kesihatan, sekolah, rumah harga patut dan pusat penjagaan harian yang lebih baik.Bagi industri pembinaan, kerajaan akan menggalakkan pelaksanaan Sistem Pembinaan Industri (IBS) dan mengeluarkan permit import bagi mengimport kren.Dalam hal berkaitan pendatang ini, kerajaan perlu bijak menangani bagi mengelak masalah lebih kronik pada masa depan. Jika jumlah sedia ada tidak dikekang, pasti dalam tempoh 10 tahun akan datang jumlahnya akan bertambah sekali ganda.Ketegasan pihak berkuasa menahan dan menghantar pulang warga asing yang ditahan secara berterusan boleh dibuat tanpa membuat operasi secara bermusim.

Sunday, November 9, 2008

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSSAN STPM TAHUN 2008


PARA PELAJAR TINGKATAN 6 ATAS BERSAMA PARA GURU MENYUSUN DEWAN PEPERIKSAAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN STPM TIDAK LAMA LAGI. TUAN PENGETUA, TN HAJI ABDUL AZIZ B CHE ALI JUGA MEMBERI AMANAT KEPADA SEMUA CALON UNTUK MENGHADAPI PPEPERIKSAAN. SETERUSNYA, SEMUA GURU YANG MENGAJAR TINGKATAN 6 ATAS TURUT MEMBERI AMANAT KEPADA CALON SUPAYA TUMPUAN SEPENUHNYA DIBERIKAN TERHADAP PEPERIKSAAN YANG AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN MEREKA. AKHIR SEKALI SEMUA GURU MERESTUI SEGALA ILMU YANG TELAH DICURAHKAN AGAR SEMUA CALON DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DENGAN TENANG DAN TEPAT.

Wednesday, November 5, 2008

Peranan Media Dalam Pembentukan Watak Remaja

Remaja mengenal dunia melalui persekitarannya. Apa yang diacu kepada remaja melalui aspek pendidikan, hiburan, sosial, ekonomi dan politik membentuk remaja yang sebegitu.

Bidang komunikasi dan maklumat berkembang daripada hanya penggunaan budaya lisan, iaitu pengucapan dan penyebaran maklumat daripada mulut ke mulut yang kemudian ditambah menjadi senjata yang tajam iaitu melalui tulisan di media cetak.

Terkini, penggunaan audio visual dan komputer seperti televisyen, radio dan Internet menjadi saluran menyampaikan sesuatu isu dan pandangan.
Daripada satu aspek, media sememangnya merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain. Cohen seorang tokoh komunikasi terkemuka menyatakan, "dalam kebanyakan keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk menentukan apa yang perlu difikirkan".

Justeru, media mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni kepada remaja. Ini kerana remaja kini menjadikan media massa sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa yang tidak didapati di sekolah ataupun rumah dan mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan diri mereka.

Tokoh-tokoh terdahulu menjadikan media sebagai wacana untuk menyebarkan kefahaman mengenai kenegaraan, kekeluargaan, kebudayaan, keagamaan serta banyak lagi. Ini secara tidak langsung bertujuan memupuk nilai-nilai positif dan baik dalam diri pembaca atau pendengarnya.

Misi Nasional menekankan aspek pembangunan modal insan 'minda kelas pertama' dan bina upaya untuk melonjak sebagai status negara maju. Melalui Pelan Integriti Nasional pula, negara menginginkan modal insan yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu sains dan teknologi, keusahawanan, pembudayaan sikap progresif, pengamalan nilai etika dan juga menitik beratkan aspek moral yang tinggi.

Oleh itu, media mampu menjadi medium yang luas untuk mendidik masyarakat terutamanya remaja dalam acuan yang didambakan.
Namun, arus globalisasi sememangnya tidak boleh dielak. Ia telah melewati sempadan komunikasi, autonomi ekonomi, politik dan sosial dan telah mewujudkan suatu budaya baru dalam berpandangan dan bersuara. Salah satu arus globalisasi yang popular di kalangan remaja dan masyarakat setempat ialah budaya hiburan yang terhidang dalam bentuk yang pelbagai.

Melalui gajet-gajet yang dihasilkan oleh teknologi, remaja boleh menikmati hiburan dalam apa jua bentuk melalui apa jua jenis media, sebesar skrin wayang gambar sehingga sekecil telefon bimbit.

Selain itu, apa jua bentuk hiburan seperti nyanyian, konsert, filem, drama dan sebagainya boleh dinikmati melalui televisyen yang semakin berkembang isi kandungannya. Melalui komputer atau komputer riba pula, pelbagai jenis bentuk hiburan boleh di muat turun dan dinikmati tanpa mengira masa.
Telefon bimbit yang dahulunya berfungsi sebagai alat perhubungan dan pengerat silaturrahim, kini telah berbagai fungsi, bukan sahaja untuk berbual tetapi juga menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan gambar (MMS) dan akhirnya menjadi fungsi yang merosakkan apabila digunakan dengan cara yang salah atau tidak terkawal.

Fenomena kebanjiran drama, sinetron dan filem-filem asing yang banyak berunsurkan keganasan, penderaan, dendam, cinta serta sensasi menggusarkan banyak pihak. Watak remaja yang dipaparkan seringkali tidak seimbang dari aspek fizikal dan mental.

Remaja dipaparkan sebagai manusia yang bertenaga (energetik) dan berdaya saing tetapi aspek mental atau rohani pula, remaja yang dipaparkan melalui filem adalah remaja yang lemah dan mudah terpengaruh dengan budaya negatif. Malahan sering dipaparkan perwatakan remaja yang tersalah haluan, tidak bijak memilih atau membuat keputusan dan bertindak melulu seolah-olah tidak memikirkan langsung masa hadapan.

Unsur-unsur negatif yang ditonjolkan barangkali berniat untuk menyedarkan tentang bahaya sesuatu kejahatan dilakukan, tetapi persoalannya adakah remaja mempunyai daya tapis dan mentakrif yang tinggi untuk menghargai mesej di sebalik drama-drama yang ditonjolkan?

Apakah remaja akan lebih terkesan dengan drama yang sebahagian besarnya menonjolkan watak-watak jahat dan kebaikan atau balasan terhadap perbuatan yang jahat itu hanya muncul sedikit di penghujung sesuatu kisah?
Begitu juga halnya dengan bidang penulisan, lebih-lebih lagi yang berbentuk hiburan dan sensasi. Sekiranya remaja banyak dimomokkan dengan cerita sensasi dan hiburan, dikhuatiri ia akan menjejaskan daya pemikiran dan kreatif remaja sebagai pelapis akan datang. Justeru, kebebasan untuk media dalam era teknologi informasi ini memang sangat penting, tetapi kebebasan tentunya harus dilandasi kesedaran penuh untuk bertanggung jawab.
Jika memang benar itu adalah paparan remaja Malaysia masa kini, media seharusnya bertindak sebagai penapis atau wadah yang bertanggungjawab membetulkan apa yang silap dan bertindak sebagai cermin diri yang boleh memberi contoh dan pengajaran kepada masyarakat remaja.

Apa-apa sahaja medium yang bergerak dalam masyarakat mempunyai tanggungjawab sosial yang besar dalam membawa masyarakatnya ke arah yang lebih bertamadun dan bukannya menjatuhkan martabat atau merosakkan masyarakat.

Dalam konteks semasa, pengaruh media akan dipengaruhi dari sejauh mana pengguna media memiliki pengetahuan yang cukup dan menghargai dengan baik media itu sendiri. Justeru di samping adanya tuntutan komersialisasi dan upaya mengejar rating yang dilakukan oleh pengamal media, tentunya hal yang penting harus dilakukan juga adalah "bagaimana memperdayakan para penikmat media itu sendiri".

Penggunaan bahasa dan tingkah laku yang sesuai dalam menyampaikan sesuatu pendapat atau rencana harus sentiasa diperhatikan. Justeru, pihak media seharusnya sentiasa menjadikan nilai-nilai murni sebagai pemberat kepada wacana yang mereka ingin sampaikan dan bukan bersifat popular semata-mata.

Penelitian tersebut sangat penting untuk dilaksanakan memandangkan situasi hari ini memberi kesan kepada remaja yang akan datang terutama untuk remaja yang kita dambakan pada tahun 2020 kelak.

Mesej yang ingin ditonjolkan oleh media harus mengambil kira aspek isi kandungan, tema, penggunaan bahasa yang konsisten, adab dan nilai, budaya dan sebagainya kerana media merupakan ejen penggerak kepada pengukuhan perwatakan, emosi dan budaya remaja yang baik demi membina negara pada masa hadapan.

Kesimpulan, remaja adalah struktur masyarakat yang baru membentuk sebuah tiang seri. Tiang seri itu harus kukuh dengan nilai jati diri yang baik dan sekiranya tiang seri itu rapuh, maka bangunan yang ingin dihasilkan akan runtuh menyembah bumi.

Oleh itu, dalam dunia yang semakin mengecil ini, kita perlu berhati-hati kerana globalisasi memang sukar kita tahan, apatah lagi dengan pendedahan kepada siaran yang tidak membina pemikiran positif dan nilai-nilai murni.
Ini bererti peranan pendidikan informal di rumah yang dimonopoli oleh ibu bapa terpaksa berdaya saing dengan media. Remaja harus menerima maklumat daripada media dan mencernanya mengikut lingkungan yang benar dan mengikut landasan agama dan syariat.

Langkah ini seharusnya memerlukan bimbingan banyak pihak termasuk ibu bapa serta masyarakat. Justeru, media massa sama ada media cetak atau elektronik sememangnya memainkan peranan dalam membentuk pemikiran remaja masa kini.

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN IZIN ILMU STPM


Program Solat Hajat dan Izin Ilmu telah diadakan di Dewan Besar SMKPC1 yang diimamkan oleh Tuan Imam Muda Masjid As-Salam, Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazri.Kehadiran ibu bapa amat membanggakan. Turut hadir, YDP PIBG En Wan Ismail B Wan Ahmad. Majlis bermula jam 8.15 pagi.

Tuesday, October 28, 2008

ICT, biotek dalam pertanian

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta bioteknologi diaplikasikan secara meluas dalam bidang pertanian bagi melonjakkan kemajuan sektor tersebut.
Perdana Menteri berkata, langkah menggabungkan dua elemen itu amat mustahak kerana pertanian dikenal pasti sebagai salah satu cabang ekonomi yang dapat membantu kerajaan menangani impak krisis kewangan global kepada negara.
Abdullah kemudian melancarkan varieti baru cili padi yang dikenali sebagai 'Semerah'. Antara kelebihan varieti yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) itu adalah sifatnya yang cepat matang dan berhasil tinggi.
Sementara itu, Abdullah berkata, keyakinan kerajaan terhadap sektor pertanian bukanlah hanya impian kosong atau angan-angan Mat Jenin, sebaliknya ia berlandaskan usaha dan strategi bagi memajukan sektor itu.
Kata beliau, Bank Negara sendiri turut mengakui kemampuan sektor pertanian untuk muncul sebagai sektor ketiga terpenting dalam menyumbang kepada ekonomi negara.
Sehubungan itu, tambahnya, tanggapan sektor pertanian sebagai sektor lapuk dan tidak perlu dimajukan adalah satu kesilapan kerana ia mampu menjana pendapatan lumayan kepada mereka yang terlibat.
"Jangan anggap leceh, karut dan mimpi untuk menjayakan sektor pertanian. Pertanian bukanlah perkara baru, Kementerian Pertanian dan MAHA (Ekspo Pertanian dan Hortikultur Malaysia) sudah lama wujud. Kita cuma memberi tambah nilai pada perkara-perkara itu.
"Dengan usaha yang bersungguh-sungguh, saya memang yakin pertanian dan industri asas tani punya masa depan yang cerah
"Macam MAHA yang lalu, ada usahawan asas tani kita seperti pengusaha kuah rojak beritahu dia mampu raih RM3 juta setahun, pengusaha makanan beku RM15 juta," ujarnya.
Abdullah berkata, atas sebab itu mereka yang terlibat dalam bidang pertanian harus mempunyai kualiti modal insan kerana dengan ilmu yang terkini barulah hasil pertanian mampu ditingkatkan.
Katanya, memandangkan industri pertanian sentiasa berkembang, ia menuntut mereka yang terlibat dengannya sentiasa menambah pengetahuan terhadap kaedah dan teknologi baru.
"Untuk menambah nilai kerja kita supaya memperoleh hasil yang lebih dan berkualiti, maka tidak ada jalan lain kecuali mendalami ilmu pertanian.
"Sebab itu saya minta warga tani kita supaya jangan anggap masa untuk belajar telah berlalu. Sebaliknya pelajaran adalah untuk sepanjang hayat," jelasnya.