PERASAAN marah adalah salah satu punca yang mendorongkan seseorang itu melakukan penderaan kepada kanak-kanak dan hinggakan menyebabkan kematian. Marah yang tidak dapat dibendung menyebabkan tindakan-tindakan ganas yang di luar batas-batas kemanusiaan dilakukan.
Bagaimana seseorang didorongkan melakukan tindakan penderaan adalah subjektif. Ada yang mendapat inspirasi setelah menonton filem-filem ganas. Menonton filem-filem ganas ini meresap masuk secara senyap ke dalam diri yang menghakiskan sikap luhur dalam diri. Kecelaruan yang dihadapi oleh seseorang pendera juga mendorongkannya mengambil tindakan yang melulu. Punca-punca persekitaran yang dialami membantunya membentuk tabiatnya menjadi seorang pendera.
Penderaan yang bertunas itu membesar menjadi penderaan fizikal. Tunas-tunas yang tumbuh di peringkat awal penderaan itu perlu dicantas segera dan jangan membiarkannya menular ke dalam keluarga atau masyarakat. Usaha mencantaskannya, mestilah kembali kepada sifat-sifat luhur dalam diri seseorang insan. Sifat-sifat marah kepada kanak-kanak yang tidak berdosa itu perlulah dimurnikan dengan perasaan kasih sayang.
Kembali muhasabah diri dan mendekati diri kepada agama supaya dapat dibentuk sifat-sifat luhur dalam diri. Semua agama menyalurkan persepsi kebaikan hati kepada pengamalnya.
Perasaan kasih sayang boleh dididik dan ia memerlukan banyak kesabaran dalam menangani masalah yang kita hadapi.
Menanamkan perasaan kasih sayang itu tidak ada apa yang rugi malah membawa kebaikan kepada diri anda. Lihatlah sendiri, anak- anak gadis kita yang melarikan diri bersama jejaka dari Lombok, kalau bukan kerana didorongkan dengan perasaan kasih sayang atau cinta.
Janganlah nanti jejaka tempatan mendatangkan rasa kebimbangan kepada anak gadis disebabkan sikap suka mendera, terutamanya apabila gagal mengawal kemarahan sendiri berpunca daripada perkara-perkara yang remeh ataupun melatah sewaktu ditimpa tekanan dalam kehidupan.
LAMAN WEB SMKPC1 BARU
14 years ago
No comments:
Post a Comment