Monday, March 8, 2010

Soalan Ujian Bulan Mac 2010

BAHAGIAN A-ESEI DISIPLIN SASTERA

1. Jumlah jenayah komersial di Malaysia mengalami peningkatan yang ketara dan faktor utama bagi jenayah ini ialah sifat haloba manusia. Bincangkan penyataan di atas.I

si-isi
„ kehalobaan orang yang memiliki kuasa tertentu; ingin mendapatkan kekayaan secara tidak sah
„ kelonggaran dalam penguatkuasaan undang-undang; orang yang melakukan jenayah komersial dapat melepaskan diri daripada tindakan
„ masalah kegawatan ekonomi; menyebabkan seseorang menghadapi masalah kewangan; melakukan jenayah komersial untuk mendapatkan wang
„ kekurangan penyeliaan dalam transaksi kewangan dan pindahan wang


BAHAGIAN B-ESEI DISIPLIN SAINS


2. Ubat-ubatan bukan sahaja dapat dibeli dari kedai ubat dan farmasi tetapi juga dapat dibeli daripada penjual ubat di kaki lima. Penjualan ubat-ubatan secara tidak terkawal itu mendatangkan implikasi yang pelbagai.
Bincangkan penyataan di atas.

Isi-isi
► wujudnya ubat palsu; pengambilan ubat palsu dapat mencetuskan penyakit ataupun mengakibatkan maut
► pengambilan ubat tanpa nasihat doktor; boleh mendatangkan kesan sampingan
► pengambilan ubat yang tidak sesuai; boleh menjejaskan kesihatan
► penyalahgunaan ubat, misalnya ubat batuk mengandungi kodena yang boleh dugunakan sebagai ubat khayalan jika dimakan berlebihan


BAHAGIAN C-KEFAHAMAN DAN ULASAN TEKS

SOALAN 3(Disiplin Sastera)

“Tidak mustahil untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. Kita perlu mengubah pemikiran dalam menilai kecemerlangan ilmu kerana konsep ini perlu dilihat dalam perspektif yang luas. Di negara Barat, peluang penyelidikan sangat luas dan budaya meneroka ilmu telah berkembang dengan pesat. Faktor ini menyebabkan orang ramai lebih suka belajar di negara-negara barat.”

i. Pada pendapat anda mengapakah orang ramai gemar belajar di negara-negara barat?
ii. Dengan mengunakan tidak lebih 50 patah perkataan, bagaimanakah cara menarik minat pelajar asing belajar di Malaysia?


SOALAN 4(Disiplin Sains)

“Penyakit kanser atau barah merupakan penyakit kronik yang sukar diubati. Berdasarkan kajian penyakit ini boleh diwarisi secara genetik. Faktor amalan hidup memainkan peranan penting seseorang mendapat penyakit kanser walaupun kajian perubatan membuktikan punca pemakanan lebih tinggi berbanding faktor keturunan.”

i. Berdasarkan petikan di atas, apakah punca penyakit kanser?
ii. Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan amalan hidup sihat untuk mengurangkan risiko penyakit kanser.

Sunday, March 7, 2010

Perasaan marah salah satu punca penderaan

PERASAAN marah adalah salah satu punca yang mendorongkan seseorang itu melakukan penderaan kepada kanak-kanak dan hinggakan menyebabkan kematian. Marah yang tidak dapat dibendung menyebabkan tindakan-tindakan ganas yang di luar batas-batas kemanusiaan dilakukan.

Bagaimana seseorang didorongkan melakukan tindakan penderaan adalah subjektif. Ada yang mendapat inspirasi setelah menonton filem-filem ganas. Menonton filem-filem ganas ini meresap masuk secara senyap ke dalam diri yang menghakiskan sikap luhur dalam diri. Kecelaruan yang dihadapi oleh seseorang pendera juga mendorongkannya mengambil tindakan yang melulu. Punca-punca persekitaran yang dialami membantunya membentuk tabiatnya menjadi seorang pendera.

Penderaan yang bertunas itu membesar menjadi penderaan fizikal. Tunas-tunas yang tumbuh di peringkat awal penderaan itu perlu dicantas segera dan jangan membiarkannya menular ke dalam keluarga atau masyarakat. Usaha mencantaskannya, mestilah kembali kepada sifat-sifat luhur dalam diri seseorang insan. Sifat-sifat marah kepada kanak-kanak yang tidak berdosa itu perlulah dimurnikan dengan perasaan kasih sayang.

Kembali muhasabah diri dan mendekati diri kepada agama supaya dapat dibentuk sifat-sifat luhur dalam diri. Semua agama menyalurkan persepsi kebaikan hati kepada pengamalnya.
Perasaan kasih sayang boleh dididik dan ia memerlukan banyak kesabaran dalam menangani masalah yang kita hadapi.

Menanamkan perasaan kasih sayang itu tidak ada apa yang rugi malah membawa kebaikan kepada diri anda. Lihatlah sendiri, anak- anak gadis kita yang melarikan diri bersama jejaka dari Lombok, kalau bukan kerana didorongkan dengan perasaan kasih sayang atau cinta.
Janganlah nanti jejaka tempatan mendatangkan rasa kebimbangan kepada anak gadis disebabkan sikap suka mendera, terutamanya apabila gagal mengawal kemarahan sendiri berpunca daripada perkara-perkara yang remeh ataupun melatah sewaktu ditimpa tekanan dalam kehidupan.

Tuesday, March 2, 2010

Keputusan STPM

Kelulusan STPM tahun 2009 menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan iaitu meningkat ke paras 98.5%. Pencapaian ini adalah yang terbaik yang pernah dicapai hingga kini. Pencapaian ini dibantu oleh peningkatan kelulusan Pengajian Am. Faktor utama pencapaian ini adalah kerana Blog Pengajian Am ini banyak membantu calon-calon untuk menjawab. Sehubungan dengan itu, kami harap semua calon-calon STPM tahun 2010 teruskan menerokai blog ini.

Monday, March 1, 2010

Mengawal Stress

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi yang tidak stabil seperti terlalu inginkan kemenangan, bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan, suka mendesak, risau keterlaluan, tidak mahu menerima teguran, berprasangka buruk dan berdendam.

Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini, kita perlu menanganinya dengan bijak. Jika tidak boleh dihilangkan sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita dapat mengawal perasaan tersebut agar tidak terus mengganggu kehidupan seharian. Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya banyak bergantung kepada ketahanan diri.

Mereka yang berjaya menangani tekanan akan berjaya menguruskan diri dengan baik. Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah selagi kita bergelar manusia. Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat. Namun, tidak kurang yang terjebak dalam perkara negatif kerana gagal menangani tekanan seperti bergantung hidup kepada pengaruh dadah, membiarkan diri tidak terurus serta meneruskan hidup dalam tekanan.

Punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik, tidak dapat menerima teguran orang lain, cemburu dengan kejayaan orang lain, kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan. Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui perubahan emosi seperti cepat marah, mudah menangis dan sentiasa bersedih, kecewa, hampa, mudah mengamuk, prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.

Di bawah terdapat beberapa kaedah yang boleh mengurangkan atau mengatasi tekanan dalam menghadapi dugaan hidup.

l.Senyum. Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka. Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian? Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.Cubalah, pasti merasai kelainan.
2.Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
3.Bertenang. Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling.Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati kita akan berlapang dada tekanan yang di hadapi juga akan berkurang.
4.Peluk sesuatu. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
5.Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak pati lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap tekanan anda. Ini kerana minyak Lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan tekanan.
6.Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.
7.Allah. Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang. Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat. Dekatkan diari terhadap-Nya.
8.Ceria. Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.