SEJAK kebelakangan ini jumlah warga asing yang berkeliaran di pusat bandar lebih ramai daripada biasa.
Keadaan ini mungkin disebabkan mereka telah diberhentikan kerja oleh majikan ekoran kelembapan ekonomi sekarang.
Jika benar begitu keadaannya, kerajaan harus bertanggungjawab menghantar pulang warga asing yang telah diberhentikan kerja itu ke negara asal mereka.
Tindakan membenar dan menggalakkan kemasukan pekerja asing dengan sewenang-wenangnya adalah suatu tindakan yang kurang bijak, kerana ia tidak mengambil kira kesannya kepada masyarakat tempatan.
Kelonggaran ini telah menimbulkan minat yang amat kuat di kalangan majikan untuk mengambil pekerja asing ini.
Kehadiran tiga juta warga asing di negara ini telah menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup rakyat kerana kita terpaksa bersaing dengan mereka untuk mendapatkan rumah sewa, bahan makanan, katil di hospital dan suatu hari nanti terpaksa bersaing pula untuk mendapatkan udara bagi bernafas.
Kerajaan bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyatnya, bukannya rakyat asing.
Bagaimana pula dari aspek keselamatan negara? Di kalangan tiga juta warga asing ini, tidakkah mungkin ada antara mereka ini terdiri daripada pengintip kuasa asing yang menyamar?
Saya pernah nampak dua orang warga asing di dalam bas yang begitu asyik memerhatikan kem tentera apabila bas yang kami naiki itu lalu berhampiran kem tersebut.
Apa gunanya memiliki kapal selam jika pendatang boleh menyusup masuk dan menceroboh menyeberangi Selat Melaka dengan hanya menggunakan bot.
Sampai bilakah kerajaan akan bersikap serius dalam menangani isu kebanjiran warga asing di negara ini?
LAMAN WEB SMKPC1 BARU
14 years ago